Ketika berada di perpustakaan,
Sementara aku menunggu pelajar-pelajar aku menyiapkan
assignment mereka…. Aku membaca akhbar yang terdapat di situ…. Aku dan beberapa
orang pelajar duduk di meja bahagian tengah perpustakaan, sambil-sambil mereka
membuat assignment, kami berborak pasal isu semasa….
Ketika aku leka membaca berita-berita di dalam akhbar itu,
aku tergelak apabila terbaca berita ini
Pelajar-pelajar yang duduk berhampiran aku memandang aku
kepelikan….aku pun menunjukkan berita itu kepada mereka….. Mereka pun turut
tergelak besar…. Dan seorang demi seorang ingin menjadi pengarah cerita….
“Ish abang ni lambat lah….cepat lah bang……”kata seorang
pelajar aku
“Abang buat apa tu??”, sambung seorang lagi
“Ish tak boleh lah, tadi boleh aje…..”
"Aku lepaskan kau dululah....."
"Aku lepaskan kau dululah....."
Seorang demi seorang mengeluarkan dialog masing-masing….
Tempat aku duduk itulah paling bising di dalam perpustakaan. Tapi kami
bersyukur yang perempuan itu selamat dan lelaki itu Berjaya di tangkap… Itulah
kekuasaan Allah, apabila DIA tidak mahu sesuatu itu terjadi, maka tidak akan
jadilah…. begitu juga sebaliknya….
Kebiasaannya, aku mengalami situasi dimana ramai sangat orang
yang hendak menjadi pengarah ketika aku sedang menonton wayang….mesti aku
mendengar suara orang sebelah aku ke….belakang aku ke…. Ada mengeluarkan skrip
sendiri…
“Lepas ni mesti hero tu pukul penjahat itu…”
“Mesti hantu muncul kat belakang tu”
Dan macam-macam lagi….Rasa nak marah je….!!!!
Nota kaki kanan: Apabila kita rasa diri kita keseorangan,
tidak ada sesiapa pun untuk menjadi tempat mengadu…. Maka mengadulah kepada
ALLAH, sesungguhnya DIA maha mendengar….. rasa hilang kepercayaan untuk mengadu
pada manusia, mungkin aku hanya mengadu pada MU, Ya Allah.
Nota kaki kiri: Begitu mudah untuk menghancurkan
kepercayaan seseorang, dan betapa sukarnya untuk mendapatkannya….
Nota tangan kanan: tajuk berita kat akhbar metro mesti
sensasi kan?
No comments:
Post a Comment