Terkena aku!!!
Kebiasaannya aku hanya mengetahui peristiwa seperti ini
di dalam facebook sahaja…
Tetapi….tadi terkena ke atas batang hidung aku sendiri….
Sebelum ini, aku ada terbaca di dalam facebook mengenai
penyelewengan jurujual di pam minyak…
Mereka beroperasi dengan menekan nilai untuk pam minyak
tidak sama dengan bayaran…. Contohnya kita hendak mengepam minyak sebanyak RM
10…..maka kita membayar RM 10, tetapi jurujual tersebut akan menekan kurang
daripada nilai tersebut…sama ada RM 9, RM 8 atau sebagainya….. Jika kita jenis
menuang minyak tanpa menengok bacaan pada pam minyak….kita tidak akan sedar di
tipu… Begitu juga jika kita jenis orang yang menunggu di dalam kereta dan
membiarkan pekerja pam minyak itu sendiri mengisikan minyak ke dalam kereta
kita…. Maka kita juga akan tertipu.
Petang tadi aku ingin mengisi minyak ke dalam kereta aku,
Miss Vivi di satu stesen pam minyak…. Aku pergi ke kaunter, dan minta untuk
mengisi minyak sebanyak RM 10….Aku memberi dua keping RM 5 kepada jurujual
tersebut dan kembali ke kereta….Aku menuang minyak ke dalam kereta aku…. Aku
perhatikan bacaan pada pam minyak tersebut bergerak dan berhenti di RM 2….
Tiada minyak keluar lagi…
Aku tidaak berpuas hati….aku pergi semula ke kaunter
bayaran dan aku bertanya kepada jurujual itu tadi
“Eh tadi saya bayar RM 10….tetapi kenapa hanya RM 2?”
“Eh kamu bayar RM 2 tadi”
“Eh mana pulak….apahal saya nak isi minyak kereta RM 2 je….lain la
kalau saya naik motor..”
“Betul kamu bayar RM 2”, sambil mengomel
“Kalau tidak percaya, kamu check CCTV kamu”, balas aku
dengan yakin
“Yela”, sambil terus tekan skrin komputernya untuk
menambah nilai minyak sebanyak RM 8 kepada aku.
Nota kaki kanan: Berhati-hati lah….sekarang ini banyak
orang menggunakan penipuan untuk mengaut keuntungan dengan cepat
Nota kaki kiri: Dalam cuaca yang panas sekarang ini….ditambah
dengan kekurangan bekalan air… ramai orang cepat naik minyak!!!
1 comment:
Wah. Macam ni pon ada.
Post a Comment