“Assalamualaikum KJ, kau boleh mengajar kursus pendek tak
esok??”
“Waalaikumusalam....Kursus apa??”
“Kursus komputer… Kau ajar lah 3 orang lagi pensyarah….sebab
ada dalam 40 orang, guna dua makmal komputer”
“Aku cuba cari pengajarlah kalau ada….tapi dia nak kursus
apa?? Kursus komputer banyak..”
“Ini budak-budak sekolah sahaja…cikgu dia kata nak yang
slide-slide je…ajar yang asas-asas”
“Kalau macam tu aku ajar powerpoint je la eh”
“Okay”
Keesokan harinya…. Hari dimana aku dan 3 orang lagi rakan
sekerja perlu bertugas untuk mengajar kursus pendek…. Aku berpasangan dengan Puan
Fadilah….tetapi aku yang kena lead kelas dan Puan Fadilah jadi assist….
Aku memang tiada masalah untuk mengajar kursus pendek
kepada komuniti setempat, lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah…aku memang
suka, sebab golongan kanak-kanak dan remaja ini aku senang hendak menarik perhatian
mereka dan hendak berlawak….Aku tidak suka kelas yang terlalu serius…. nanti
kejap sahaja sudah hilang tumpuan… Dan kali ini aku kena mengajar sekolah STMI….
Ada dalam 17 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring…. Dalam 17 orang pelajar
itu, seorang pelajar perempuan…
Dan seperti biasa, sebelum aku memulakan kelas, aku cuba
mengenali audiens aku…. Umur dan karakter mereka…supaya aku boleh selaraskan
dengan gaya penyampaian aku….
“Berapa umur ye….kalau dari rupa….abang boleh panggil
sebagai adik”, tanya aku…
Maka, riuhlah kelas itu dengan suara pelajar-pelajar
tersebut yang memaklumkan umur mereka…
“Okay-okay siapa paling tua? Berapa umur?”, tanya aku
“21 tahun”, kata seorang pelajar sambil mengangkat tangan
“Aik….umur 21 tahun? Paling muda pula??”, tanya aku lagi
“13 tahun”, jawab seorang pelajar yang paling kecil
“Kalau macam tu, umur abang 12 tahun”, balas aku selamba.
Kelas menjadi riuh dengan gelak tawa mereka. Dan dari
situ aku mendapat tahu, yang aku boleh menarik perhatian pelajar-pelajar
tersebut…..
“Okay…boleh kita mulakan kelas?”
“Boleh”, sahut mereka bersama
“Tapi kita nak belajar apa?? Word?? Excell?? Power
Point?? Video??”
“Belajar gamela abang”, jawab seorang pelajar.
Aku tergelak….. Seronoknya kalau aku dapat jadi Pensyarah
Game heheh
“Game mana boleh…Kita belajar powerpoint eh…..”
“Okay abang”
“Mula-mula tekan menu start…kemudian cari aplikasi
powerpoint”
Tetiba seorang cikgunya datang menghampiri aku……
“Encik, sebenarnya pelajar-pelajar ini tidak tahu membaca….mereka
lemah dalam pembelajaran seperti menulis, mengeja, mengira dan sebagainya….walaupun
mereka dari luar nampak normal sebenarnya mereka banyak kekurangan….yang encik
cakap powerpoint, menu start mereka tidak faham”
Aku rasa seperti dipanah…..serius aku tidak nampak mereka
mempunyai kekurangan…aku nampak mereka semua sempurna……dari awal masuk kelas,
mereka hormat pada aku….berminat untuk belajar dan memberi respon….
“Sebab itu kami semua ada….sebab kalau kami tiada mereka
akan menjadi pasif dan diam sahaja”, sambung cikgu itu lagi
Selepas itu, aku mengubah cara pengajaran aku….dan Alhamdulillah
pelajar-pelajar tersebut dan cikgu-cikgunya berpuas hati dengan apa yang aku
ajar….Walaupun, kali ini aku tidak dapat melihat komen peserta kursus aku dari
borang kaji selidik sebab mereka semua tidak pandai menulis…tetapi dari segi
tindakbalas mereka aku faham masa 4 jam perjalanan kursus itu tidak mencukupi
bagi mereka…. Aku harap dapat mengajar mereka dalam kursus yang lain…Aku rasa
sangat seronok mengajar mereka.
Nota kaki kanan:
Walaupun mereka mempunyai kekurangan, tetapi mereka mempunyai adab-adab
ketika menuntut ilmu. Itulah keistimewaan mereka
No comments:
Post a Comment