Timang tinggi-tinggi….
Pernah mendengar perkataan ini?
Aku rasa semua orang biasa mendengarnya terutama yang
lahir sama pada tahun aku lahir… Biasanya ibu-ibu kita akan menyanyikan lagu
ini semasa mendodoikan kita semasa kecil…
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab..
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab..
Itu kalau ibu kita yang nyanyikan….tapi kalau ayah pula yang nyanyikan…bunyi
lagu itu akan jadi lain sikit…
timang
tinggi-tinggi
sampai cucur atap
sudah tak ada gaji
makan lauk kicap.
sampai cucur atap
sudah tak ada gaji
makan lauk kicap.
Heheh….tapi yang
penting, apabila menyebut sahaja timang tinggi-tinggi pasti akan terlintas
dalam fikiran kita mengenai ilmu… Maka esok (4 April 2014) pada jam 8.00 pagi bertempat
di Masjid Jamek Ledang akan berlangsung satu Bual Bicara : timang tinggi-tinggi…..
Sarapan pagi disediakan… Jadi jom ramai-ramai datang…..
Nota kaki kanan:
Aku nak timang siapa tinggi-tinggi ye?
Nota kaki kiri: Pada
5 April 2014 ni, Timbalan Perdana Menteri; YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin
Hj Mohd Yassin akan datang ke Kolej Komuniti Ledang pada jam 8.00 pagi bagi
majlis pelancaran pendidikan islam sepanjang hayat….tak sabarnya nak jumpa!!!
Jom datang ramai-ramai
No comments:
Post a Comment