Monday, June 23, 2014

Aku dan Matematik

Kenapa aku suka matematik??

Dulu aku pun tidak suka matematik, bagi aku matematik ini macam tiada fungsi dalam kehidupan….itu dulu…. Tetapi sekarang aku nampak kegunaan matematik

Mula dari sekolah rendah, aku sudah mula minat matematik….itupun lepas cikgu aku cakap…Matematik lah subjek paling senang nak kumpul markah….sama ada kamu jawab dengan betul atau salah..itu saja jawapan dia…hanya ada betul dan salah….jadi lepas sahaja exam, kamu sudah boleh tahu sama ada kamu lulus atau gagal

Berbanding subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, ia lebih subjektif…..penilaian dan markah banyak bergantung kepada penilaian pemeriksa….. dan aku masih ingat lagi ketika aku darjah enam, dimana setiap pelajar perlu membaca sifir 2 hingga 12 di hadapan kelas seorang demi seorang…. Aku memang tidak menghafal sifir….sebab aku mengira pakai jari dan disebabkan aku selalu skor subjek matematik, cikgu aku terus je tanda semua sifir kira aku dah hafal semua sifir…..sedangkan aku ketika tu tak hafal pun sifir….hehe

Dan semasa temuduga juga, aku biasa ditanya soalan-soalan matematik....lebih-lebih lagi ketika aku mohon jawatan jurutera.....dan aku masih ingat salah satu soalan penemuduga

"Antara matematik dan berkomunikasi, yang mana penting bagi anda??"

Nak tahu jawapan aku, sampai dua orang penemuduga seorang lelaki dan seorang wanita mempunyai dua reaksi berbeza terhadap aku?Yang penemuduga wanita itu secara terus terang kata kepada aku selepas aku memberi jawapan....Katanya,

"Saya tidak suka awak"

Tetapi penemuduga lelaki itu,bersalam dengan aku selepas sesi temuduga itu dan memberitahu aku

"Saya suka awak"

Sampai sekarang aku akan ingat soalan itu, sebab aku rasa jawapan itulah aku dapat pekerjaan sekarang ini heheh 

Dan paling last aku betul-betul menghadap subjek matematik adalah ketika aku belajar degree di UTM dulu….dah lama aku tinggalkan, dan semester lepas aku mengajar subjek matematik…dan pelajar-pelajar aku baru sahaja selesai mengambil exam paper matematik…. Kelakar aku tengok kertas jawapan mereka, keputusan sudah boleh aku jangka….. pelajar yang focus dalam kelas, semua boleh jawab dan yang jenis nak cepat balik….markah pun jenis yang cepat aku tanda lah……pangkah aje heheh…. Tetapi aku tidak mengharap tinggi sangat, sebab di awal semester aku sudah tanya latar belakang matematik mereka… jadi kalau lulus dan tidak perlu mengulang itu sudah baik…..bagi tempoh aku mengajar dalam 100 jam…

nasib baik hanya lukisan sahaja....tiada ayat-ayat merayu di kertas exam heheh

Tetapi semester depan, aku tidak mengajar lagi subjek Matematik ni….pensyarah lain yang mengajar… tetapi kalau ada sesiapa yang nak aku mengajar, boleh PM aku di facebook, harga boleh dirunding heheh

Dan esok aku akan membawa inovasi aku di dalam subjek matematik untuk bertanding di Segamat… Harap semuanya okay untuk aku bentangkannya di hadapan juri….

Nota kaki kanan: Lepas inovasi, audit amalan 5s dan kemudiannya pertandingan petanque… Kesibukan sebelum bulan puasa…


Nota kaki kiri: Tahun ni terasa nak buat kuih raya hasil air tangan sendiri la hehehe

No comments:

Post a Comment