Wednesday, June 25, 2014

Salam Terakhir….

Semalam adalah hari terakhir pelajar-pelajar aku di kolej….selepas ini, kemungkinan mereka bekerja atau sambung belajar

Dan semalam juga adalah hari terakhir yang dapat kami kumpul beramai-ramai….

Dan boleh pula, mereka ramai-ramai nyanyi lagu Salam Terakhir……lagu yang pantang aku dengar… kerana biasanya aku dengar lagu tu ketika potong bawang, jadi mata akan berair la heheh

Mereka start menyanyi lagu tu tanpa aku sedari….rangkap pertama mereka menyanyi

“Sampaikan salam buat semua,
Salam terakhir salam teristimewa,
Kepada kau yang tersayang,
Pada teman yang ku kenang,
Pemergian ku ini tak dirancang”

“Aduiii, apsal mereka nyanyi lagu ini….” Kata aku dalam hati…. Aku cuba tahan, tak kan nak nangis kot, tak macho la heehe….aku cuba fokus pada benda lain bukan pada lirik nyanyian mereka, buat-buat gelak atau bercakap dengan yang lain… Tapi mereka terus menyanyi dengan kuat….

“Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu,
Kerna waktu berputaran,
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu”

Mata aku sudah mula bergelinangan….aku memang teringat abah….bait-bait liriknya betul menceritakan bagaimana aku tidak berkesempatan berjumpa dengan abah saat akhir….memang aku sangat rindu abah….aku cuba aplikasi petua orang supaya tidak menangis….pandang atas la, tidak kelip mata la…dan macam-macam lagi…..tetapi mereka terus menyanyi…

“Demi sebuah kenyataan,
Yang amat menyakitkan,
Aku yang tidak berdaya,
Hanya berserah padanya”

Tanpa aku sedari, jatuh juga beberapa titis air mata aku…..walaupun mereka menyanyi dengan tempo yang lari dan salah heheh…Bukan aku tidak sedih mereka hendak tamat belajar, aku sedih sebab dalam tempoh 6 bulan ini banyak kenangan kitorang bersama…..kalau dulu ada yang pemalu, sekarang sudah berani berkata-kata…. Kalau dulu ada yang takut-takut nak bergurau dengan aku, sekarang berani kata “kecah la encik” haha….aku memang sedih mereka hendak habis, tetapi sekarangkan zaman teknologi? Boleh sentiasa berhubung di facebook, wechat, telefon, mesej dan lain-lain… tetapi bagaimana aku hendak berhubung dengan abah?? Hanya aku mampu kirimkan doa sahaja….tetapi tidak ada maklum balas dari abah….aku rindu untuk terima mesej abah yang panjang-panjang setiap kali hari jadi aku….

 Serius, aku memang tidak boleh dengar lagu ni…Mereka memang Berjaya nak buat aku sedih untuk berpisah dengan mereka huhu…tunggulah aku buat kompilasi video sepanjang semester, nak kenakan mereka pula…

Nota kaki kanan: Hari semalam merupakan hari yang akan aku ingat sampai bila-bila kerana banyak perkara indah berlaku, aku menang pingat emas dan gangsa untuk dua inovasi aku, audit 5s kolej aku berjalan dengan lancar, dan pelajar aku tamat belajar semalam serta kebetulan gambar mereka keluar dalam akhbar.




Nota kaki kiri: Banyak kenangan bersama, mengecat, bernasyid,berjual beli (usahawan), maskom, berlakon video, talentime, azan, port Dickson, badminton dan banyak lagi

Facebook: KJ Kun
Wechat: kjkun86
Instagram : KHAIRULJOHARI86

No comments:

Post a Comment