Minggu ini adalah minggu terakhir pelajar-pelajar PPU 4
di kolej komuniti
Aku rasa sedih dan gembira…..
Sedih sebab mereka antara pelajar-pelajar terbaik yang
pernah aku ajar akan habis….. dan gembiranya, mereka akan menempuhi fasa baru
sama ada bekerja atau sambung belajar….
Dan minggu lepas, hari rabu dan khamis….kami mengadakan
lawatan industri ke Kuala Lumpur dan ke port Dickson….hampir-hampir di tunda
lawatan tersebut sebab ada banyak masalah seperti kesuntukan masa….sudah lama
dirancang semata-mata untuk diorang
Alhamdulilah lawatan tersebut jadi walaupun banyak
halangan……..dan yang kelakarnya, ramai pula demam semasa lawatan tersebut….
Hari rabu pagi, kami bertolak dari Kolej Komuniti Ledang
ke Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi KL Sentral, dimana kami mengadakan
lawatan ke syarikat lama Encik Naufal…di situ kami melawat Air Handling Unit (AHU),
Chiller, Cooling Tower, Heat Exchanger dan macam-macam lagi…. Banyak ilmu di
perolehi….dan yang kelakarnya, apabila Supervisor disana menanya mereka
mengenai aircond, mereka macam blur seperti baru bangun tidur je…aku yang
tukang mengambil gambar ni pun bengang….siap aku hantar kat wechat group..
“Aik soalan senang ni….jangan dok pk pd je heheh”
Lebih kurang 4 jam lebih kami disitu…..kalau ikut
perancangan awal, sebenarnya hendak pergi lawatan ke dua syarikat…tetapi hanya
satu sahaja memberi maklum balas….tapi takpelah, janji mereka mendapat ilmu dan
pendedahan…
Selepas itu, kami bertolak ke port Dickson….Kami menginap
di homestay…..dan yang membanggakan aku, sepanjang di Port Dickson itu, kami
menggunakan duit terkumpul daripada hadiah, upah mengecat, hasil jualan dan
lain-lain daripada usaha mereka sendiri….. Malam itu kami berbarbeque sampai
pagi… sampai semua muak tengok ayam hahah….Aku pengsan awal malam tu, siap
termimpi-mimpi anjing lagi… rupanya beberapa ekor anjing datang menyalak malam
tu gigit tong sampah yang ada tulang ayam…. Patutlah aku termimpi anjing….
Esok paginya, aku bangun awal…panaskan semula ayam-ayam
yang tidak habis semalam….untuk dijadikan sarapan… Hari ini kami perlu balik
semula ke sarang di tangkak… Selepas semua sudah siap bersarapan, kami bertolak
ke pantai untuk mandi-manda…..hari itu 3 orang pula demam…. Demam bola kot
melanda heheh… Memang puas bermandi, walaupun aku jenis takut air kerana
mempunyai pengalaman lemas.... tetapi aku enjoy, walaupun mandi dekat dengan
pantai je hahah…. Selepas puas mandi, kami bertolak balik….semua tertidur di
dalam bas….
Dan keesokannya, kami sambung mengecat kolej lagi dari
pagi sampai malam hehe…penat-penat pun, kami enjoy…
Nota kaki kanan: Sudah jadi trend, pelajar semester akhir
je baru nak aktif aktiviti kolej heheh
Nota kaki kiri: gambar-gambar akan diupload nanti
No comments:
Post a Comment