nak ikut.....

Wednesday, June 11, 2014

Kami Juara!!!

Hari ini keputusan pertandingan video “We Care We Share” diketahui….

Dan Kami juara!!! Bukan mengharap pada hadiah…hadiah itu hanyalah sekadar bonus….tetapi yang penting banyak kenangan dalam proses pembikinan video itu…

Aku masih ingat lagi dari permulaan pembikinan video itu….

Cabutan dibuat dan unit aku mendapat tajuk “Ponteng Kelas”….Awal-awal lagi…kelas lain sudah menolak untuk berlakon dan hanya tinggal kelas aku…

Aku masuk ke kelas dan maklumkan kepada pelajar aku yang mereka perlu berlakon…dan seperti aku dapat jangka, mereka tak nak pada mulanya….aku berkata,

“Inilah peluang kamu semester akhir untuk menunjukkan sesuatu”

Walaupun ada pelajar di dalam kelas itu yang macam menolak, tetapi aku tetap dengan keputusan aku… Kita perlu juga hantar video, menang kalah lain cerita….itu prinsip aku….biar kita kalah bertanding daripada kita kalah sebab tidak menyertai…. Memang kesian lah pelajar semester akhir ini kerana dapat aku sebagai pensyarah kelas mereka…. Mereka pernah bernasyid, mereka pernah masuk inoreka….mereka pernah masuk menyanyi….pertandingan azan…mereka pernah berjual beli….kira semua pertandingan atau program di dalam kolej, aku akan pastikan ada penyertaan dari kelas aku.

Serius aku sangat bangga dengan mereka, walaupun mereka mengomel kerana aku memaksa….tetapi apabila sudah melaksanakannya, mereka menjadi seronok….barulah mereka akan mengetahui potensi diri mereka..

Begitulah dengan pertandingan video ini…. Pada hari pertama aku menerangkan bentuk pertandingan dan syarat-syarat…dan aku edarkan kertas kosong untuk membuat jalan cerita….tetapi aku dapat balik juga kertas kosong…..

Hari kedua selepas sesi pembelajaran, aku menahan mereka dan mengedarkan lagi sekali kertas kosong…. dan kali ini aku mendapat maklum balas dua jalan cerita mengenai ponteng kelas…  Dan hari ketiga, selepas waktu kelas….aku menahan mereka daripada balik rumah dan kami berbincang mengenai dua jalan cerita itu….sejak itu, aku mula nampak mereka teruja dan minat….aku pun mengikut rentak mereka….kami sama-sama olah jalan cerita dan terus rekod pada petang itu…. Semua mereka lakukan sendiri, aku hanya memantau dan mengajarkan apa benda yang mereka tidak tahu… semua pelajar kelas mengeluarkan idea dan menokok tambah jalan cerita…sampai ada yang perlu rekod pada waktu malam, satu kelas turun bersama-sama…..

Hinggakan waktu cuti Jumaat pun mereka sanggup turun bagi menyiapkan video itu….aku hanya turun menyokong dan memantau keadaan mereka supaya adegan-adegan bahaya tidak dilakukan…. Kami sama-sama mengeluarkan pandangan dan komen…. Keterujaan dan semangat mereka itu aku paling hargai…. Itulah mereka, pada mulanya nampak seperti tidak berminat, tetapi selepas itu…merekalah paling teruja… PPU4 terbaik!!!!



Nota kaki kanan: Hari ini juga aku dapat hadiah Juara Pertandingan Sukan Dalaman!!!

Nota kaki kiri: Harap esok lebih daik daripada hari ini J
Nota tangan kanan: Video kami ada di facebook aku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...