Selamat Hari Raya…..
Masih mood raya ke? Raya kan sebulan…. Jadi jom merayakan
sepuas-puasnya….tetapi kita kena beringat juga….ada yang tidak dapat beraya
dengan orang tersayang seperti keluarga mangsa MH 17… hanya Al-fatihah sahaja
dapat dikirimkan….
Aku pun sama, raya kali ini adalah raya kedua aku tanpa
abah…..sedih juga sebab tidak dapat bersalam di pagi raya macam kawan-kawan
yang lain…. Hanya doa sahaja yang dapat aku kirimkan… betul lah orang kata,
apabila orang tersayang sudah tiada, baru kita merasa kehadirannya….dan
menghargai… tapi masa sudah tidak dapat diputar kembali….
Baru-baru ini pelajar aku mencadangkan satu program
kepada aku…
“Encik, jom kita buat program sambutan raya di rumah
orang tua”
“Jom”
Aku terus setuju tanpa berfikir dua tiga kali…. Bagi aku
ini peluang keemasan, mungkin aku tidak sempat membalas jasa ibubapa aku….jadi
ini peluang aku…lagipun ia dapat mendidik pelajar-pelajar aku untuk menghargai
ibubapa mereka bagi yang masih ada dan menghargai golongan warga emas….
Kalau kita tengok dalam surat khabar masa kini, banyak
berita yang memaparkan sikap anak muda yang sudah luntur sifat menghormati dan
menghargai warga emas ini….warga emas di marah, di caci dan diherdik…
Mungkin program Bingkisan Kasih ini tidak memberi impak
yang besar tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menggembirakan mereka di hari
raya ini….aku mungkin sedih tidak dapat beraya dengan abah sebab abah sudah
tiada, meninggal dunia….tetapi warga emas ini lagi sedih sebab tidak dapat beraya
dengan anak-anak mereka, yang mereka tahu masih ada….mereka ditinggalkan di rumah
warga emas bagi menghabiskan sisa-sisa hidup mereka….betullah orang kata, ibu
dan ayah mampu menjaga anak yang ramai…tetapi anak yang ramai belum tentu dapat
menjaga ibubapa mereka…
“Tetapi encik, kita tidak cukup kewangan untuk jalankan
program ini,kita hanya jalankan apabila cukup wang eh encik”, balas pelajar aku
“Kita jalan juga program ini, insyaALLAH ALLAH akan
permudahkan program baik kita ini”, balas aku
Jika ada sesiapa yang ingin menderma untuk program ini….boleh
PM aku di facebook aku atau di facebook PRiSS…..Maklumat lanjut program ini di
facebook PRiSS
Nota kaki kanan: Ketika pertama kali pelajar aku
menghubungi rumah warga emas ini, mereka terlalu seronok apabila mengetahui
kami ingin mengadakan program raya di situ….jadi tak kan kami nak hampakan
perasaan mereka kerana halangan yang kecil.
Nota kaki kiri: Lisa Surihani terkenang saat kosong-kosong terakhir bersama ayahnya. Saksikan di SINI
No comments:
Post a Comment