Kalau aku sebut KJ Kun, ada sesiapa kenal tak??
Ermmmm, mungkin TIADA!!!
Tetapi kalau aku sebut Khairy Jamaluddin (KJ), ada yang
kenal tak??
Sudah tentu ramai yang kenal….gadis-gadis akan jerit dan
pengsan kerana kekacakkannya…. Yang lelaki akan kata beliau sempoi…menteri
berjiwa anak muda….. (aku tengah berusaha kipas menteri ni hahah)
Jadi, boleh ke aku letak tajuk entri ni KJ Kun Versus
Khairy Jamaluddin atau KJ juga??? Heheh
Bagai langit dan bumi lah……Aku bukan nak bandingkan
antara diri aku dengan YB KJ @Menteri Belia & Sukan kita ni….tetapi aku nak
bagi tahu, aku dapat kad raya daripada YB KJ heheh…..walaupun aku tahu bukan
beliau sendiri yang hantar, mesti PA atau orangnya heheh…… Janji yang penting,
aku dapat Kad Rayanya, dan aku tak hantar kad Raya pun kat YB KJ heheh…..
Terima kasih YB KJ….jadi setakat hari ini, aku baru dapat
2 keping kad raya…setiap tahun makin merosot hehhe… dan tadi rakan sekerja aku
ada bertanya kepada aku
“Eh, kenapa orang panggil kau KJ Kun ye???”
“KJ tu mewakili Khairul Johari”
“Ok yang KUN tu apa??”
“Kun tu kononnya, terasa diri ni macam jepun la….”
Nota kaki kanan: Aku bangga tengok gambar di Facebook YB Khairy Jamaluddin di mana kontinjen negara berarak masuk dengan barisan pertama atlet memakai uniform MAS sebagai tribute kepada MH17 & MH370.
Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86
Nota kaki kanan: Aku bangga tengok gambar di Facebook YB Khairy Jamaluddin di mana kontinjen negara berarak masuk dengan barisan pertama atlet memakai uniform MAS sebagai tribute kepada MH17 & MH370.
Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86
No comments:
Post a Comment