nak ikut.....

Wednesday, February 25, 2009

Pesta Layang – Layang Antarabangsa 2009

Meriah memang meriah…Besh sangat..Rugi beb x pergi… banyak sangat layang-layang yang diterbangkan..ada dari peserta tempatan mahupun peserta luar negara… ada yang dari jepun, korea, australia, indonesia, singapura dan lain-lain...Untuk makluman sape2 yang x tahu lah…Pesta layang-layang telah bermula pada 16 Februari 2009 hingga 22 Februari 2009 di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang…Aku pergi ke situ dengan keluarga angkat aku…

Yang besh nyer pada malam hari, akan berlangsung pentas kebudayaan dan nyanyian dari artis-artis tempatan…lagipun rakyat tempatan boleh menunjukkan skill masing2 melayangkan layang2 mereka…ini first time aku tngok layang2 keluarkan lampu…x ada pertandingan di malam ari…jadi kitaorang boleh masuk dalam padang yang digunakan untuk pertandingan di pagi ari…manusia punyalah ramai… xtahu nak di gambarkan…. Rasanya gambar je dah cukup untuk menggambarkan beshnya pesta layang2…biar korang semua tgoklah sambil menangis betapa ruginya x pergi huahuahua

aku & keluarga angkat.....

kak long, kak ngah, mak & along....

Ramainya orang...

Ada pelbagai jenis layang - layang...

Layang - layang gergasi terpaksa menggunakan kren untuk melayangkannya..

Monday, February 23, 2009

Aku tidak layak bergelar suami lagi…


Aku nak citer satu kisah yang berlaku ketika aku makan mee kari dan ABC bersama boy di Taman Universiti…Citer ni bermula ketika aku tengah khusyuk makan mee kari tetiba datang la satu pasangan ni (lelaki dan perempuan)..aku rasa dah kahwin kot sebab lelaki tu macam dah tua je hahahah…diorang duduk di meja sebelah aku yang kebetulan pada ketika itu tengah kosong…datang lah pelayan untuk mengambil order mereka…”Nak makan apa?”…aku toleh memerhati gelagat pasangan itu…si perempuan tu menggeleng-geleng kan kepala tanda tak nak makan…dan aku lihat lelaki tu pun turut menggeleng-gelengkan kepala…secara tak langsung aku pun terikut menggeleng-gelengkan kepala…yelah tempat makan ni selalu penuh tau… memang tempat ni kalau tak makan dia punya mee kari, rojak atau ABC memang x sah tau… sedap hingga menjilat jari pasangan kita tau.. tapi aku x menjilat jari boy r... hahahah.... berbalik kepada pasangan tadi..mereka hanya meminta air sahaja…aku masih tekun memerhatikan mereka…

senarai menu yang terdapat di kedai tu...nasib baik pendek..

Apabila pelayan tersebut beredar, aku lihat si suami itu bertanya kepada isterinya…“Nak makan tak nasi lemak?”…si isteri itu menggeleng-gelengkan kepala.. kemudian dia sebut menu seterusnya, mee kari…si isteri masih lagi menggeleng-gelengkan kepalanya…aku fikir dalam hati..buang tabiat ke laki tu..kan isteri dia kata tak nak makan tadi kat pelayan tu..kenapa masih tanya lagi… hish..aku lihat lelaki tu masih tanya menu seterusnya (rujuk gambar diatas) satu persatu kepada isterinya…isterinya masih menggeleng-gelengkan kepala…tetapi apabila sampai ABC, isteri itu mengangguk….aku terkejut gak r…tadi tak nak makan…ish mengadanya…lelaki tu memang amat memahami isterinya…pulang aku dari kedai makan tu, aku merasakan yang aku masih lagi tidak layak bergelar suami…masih perlu mendalami ilmu “kesuamian”…hahah

Ini lah pasangan yang aku maksudkan itu...

p/s: Berhati2 lah kepada anda semua...jika ada ketidakpuasan hati di mata aku ini...maka akan terteralah cerita anda di blog ini haha...anda mungkin mangsa seterusnya..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri hahah

Friday, February 20, 2009

Apabila dia sudah merajuk….

Ala sorry la..aku janji tak kan buat hal lagi..aku janji takkan kata nak cari yang lain…kau dah terbaik untuk aku…maafkan lah aku yer….” Tu lah kau KJ..mulut tu gatal sangat kata nak gantikan dia dengan yang lain..tak cukup lawa ke dia…dia sanggup setia dengan kau hampir lima tahun tau...ada ke yang lain sanggup setia sepertinya??kan dia dah merajuk tu…Padan muka kau….Ish macam mana aku nak pujuk dia balik ni eh?? Bila aku pujuk dengan ayat-ayat jiwang yang biasa aku gunakan tu, dia dah tak terima malah makin tolak menjauhi aku…macam mana eh??ish tensen la macam ni… Dalam bulan ni je, aku dah menghabiskan beratus-ratus ringgit bagi membelikannya aksesori baru…tapi dia x pernah menghargai aku…dia tahu aku hanyalah seorang pelajar je.. manalah aku ada duit nak beli aksesori yang lain lagi…dah hampir masuk sebulan rajuknya tak sudah-sudah lagi…macam mana yer nak buat??ada siapa-siapa pakar cinta disini?? Tolong lah pujukkan motor lagenda aku tu…dia dah merajuk r…selalu rosak je sejak akhir-akhir ni…ni semua angkara selepas aku kata nak beli motor baru lain….mula-mula tayar pancit pastu rosak..rantai longgar, sprocket haus…brek depan tak makan…lampu depan rosak…dan macam-macam lagi… Maafkan lah aku wahai motor kesayangan aku…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...