Anda semua sudah guna??
Aku baru je guna tiket baru LRT….hari ahad lepas…sudah lama aku tidak balik KL…semua sudah berubah…
Kali ini hanya perlu guna token je….canggih…aku teruja bila mesin tu boleh scan token tu hahah… Kali ini aku tidak perlu risau tiket lrt akan rosak….aku biasa letak tiket lrt dalam seluar, kadang-kadang tiket itu akan rosak bila aku duduk….jadi dulu selalunya aku hanya berdiri sahaja bila naik lrt…kononnya nampak baik la bagi tempat duduk kosong tu kepada orang yang lebih memerlukan seperti Orang kelainan upaya, kanak-kanak, ibu mengandung dan bapa mengandung (buncit) hehhehe
Tetapi sekarang, aku pantang nampak tempat duduk kosong dalam LRT….dengan lajunya aku duduk dan buat-buat tidur haha….
Masa mula-mula aku guna tiket baru LRT ini, aku keliru juga…nasib baik ada orang tolong hahha… Tapi ada beberapa kelemahan yang aku nampak la dalam sistem baru ni…sistem token….. pertama, hanya boleh membeli untuk tiket perjalanan sehala sahaja….biasanya dulu kalau aku pergi KLCC, aku akan beli terus tiket dua hala…senang sikit sebab KLCC selalu ramai orang…susah nak beli tiket kat situ…. Kedua, mesin ni tidak terima duit besar…kena sediakan duit kecil la untuk membeli tiket ini….
Tetapi aku yakin, apabila sesuatu sistem itu diperkenalkan…tujuannya hanya satu…untuk lebih memudahkan prosesnya…jadi ayuh sokong….yang belum naik LRT tu, cepat-cepat lah naik… artis pun ada yang naik LRT tau…sebab aku jumpa seorang artis lelaki dalam LRT hari tu hahha