nak ikut.....

Tuesday, February 25, 2014

Kisah Cinta Pelajar aku



Seperti yang aku janjikan dalam entri sebelum ini, aku akan menceritakan satu kisah cinta pelajar aku….

Bukan aku bercinta dengan pelajar itu tau, tetapi pelajar itu berkongsi cerita cintanya dengan aku…. Terasa diri ini macam Doktor Cinta pula…yang memberi pandangan dan penyelesaian pasal cinta…. Walaupun dunia percintaan diri sendiri agak rumit hahah

Ini adalah kisah cinta sebenar pelajar aku….pelajar lelaki… Nama?? Dirahsiakan…tapi boleh panggil dia “Abam A” bukan nama sebenar heheh….. Si Abam A ini ada tanya pandangan daripada aku

“Encik, Tunang saya tu curang dengan saya…kawan-kawan saya beritahu, dia keluar dengan lelaki lain”, luah dia kepada aku..

“Kamu baru dengar dari kawan kamu, kamu tidak nampak dengan mata sendiri…mungkin kawan kamu silap atau mungkin dia keluar dengan saudara dia ke…. Baik kamu tanya sendiri untuk kepastian pada tunang kamu itu”, jawab aku lagak gaya seperti Doktor Cinta hehe….

Pelajar aku pun sudah bertunang, aku bila lagi…….

“Macam mana kalau betul Tunang saya itu curang dengan saya encik? Rasa geram nak tumbuk-tumbuk je muka lelaki yang kacau tunang saya itu encik”

“Ish kalau saya jadi awak, saya tidak tumbuk muka lelaki itu”

“Habis itu, encik buat apa??”

“Saya tumbuk muka tunang saya itu……Kalau dia tidak layan, mesti tak jadi….tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyilah”

“Aah betul juga itu encik”

“Tetapi kalau saya jadi lebih waras, saya tidak tumbuk muka perempuan itu”, kata aku lagi

“Habis encik buat apa??”

“Saya akan jadikan diri saya lebih baik….kalau boleh lebih baik daripada lelaki itu….Baru menyesal perempuan itu tinggalkan saya”

“Betul juga”



Nota kaki: Tiada masa untuk menangis kerana cinta berebut perempuan, lebih baik menangis kerana masih belum cukup lagi untuk membalas jasa ibu….

Sunday, February 23, 2014

Sejoli

Sejoli!

Misi mencantas cinta

Semalam aku berpeluang menonton filem Sejoli arahan Osman Ali bersama rakan aku… Boleh tahan lah filem ini…dari 10 bintang, aku bagi la 6 bintang… Filem ini gabungan romantic dan kelakar….agak terhiburlah…. Untuk rehat-rehat kan minda….Tak perlu nak pening-pening kepala fikir jalan ceritanya….

Aku setuju untuk menonton filem ini, sebab  pelakon-pelakon yang hebat membintanginya seperti Maya Karin, Remy Ishak, Izara Aishah, Bront Palarae, Azad Jasmin dan Dira Abu Zahar…. Serius dalam filem ini, Maya Karin sangat cantik tetapi aku rasa agak seksi lah…..Oh aku sudah jatuh cinta!!! Hehe

Yang lagi best, pemandangan dalam filem ini sangat cantik terutamanya pengambaran di Thailand…. Boleh jadi salah satu tempat untuk berbulan madu nanti hehe…..



Okay, mari aku cerita sikit sinopsis filem ini….Ia mengisahkan Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy (Remy Ishak) anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita (Izara Aishah) seorang model terkenal. Kemudian mereka berdua membawa diri ke Phuket, Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan tanpa disengajakan diantara Gina dan Joe. Kemudian, mereka mendapat idea untuk berkomplot dalam misi mencantas cinta sambil dibantu oleh Lola (Dira Abu Zahar) dan Joned (Azad Jasmin) apabila mendapat tahu ex-ex mereka berdua bercinta dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Disinilah bermula babak-babak kelakar dan mencuit hati…..Berjayakah misi mereka dalam mencantas cinta? Mana boleh aku bagi tahu….kena tengoklah heheh….

Nota kaki kanan: Dalam entri seterusnya, aku akan menceritakan kisah cinta pelajar aku…. Nantikannya J

Nota kaki kiri: Jom sertai kursus asas pembinaan blogspot pada 28 februari 2014 ini di Kolej Komunti Ledang. Daftar Sekarang!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn Norazila) untuk tempahan kursus. Maklumat lanjut sila berhubung di SINI


Wednesday, February 19, 2014

Penyakit pelajar semester akhir

Bukan Sekali…tetapi sudah banyak kali aku perhatikan, ragam pelajar-pelajar semester akhir….. mesti akan dijangkiti satu penyakit yang sama….

Kebetulan, ini kali kedua aku pegang kelas pelajar semester akhir….aku perhatikan “penyakit” ini mesti berjangkit kepada pelajar semester akhir

Penyakit apa?

Penyakit mula hendak aktif pada semester akhir……sedangkan sebelum ini sudah ada 3 semester berlalu…. mereka tidak hirau langsung mengenai aktiviti kolej… Dulu mereka hanya tahu, pergi ke kolej, belajar dalam kelas dan balik ke rumah….Kalau ada sebarang aktiviti yang berlangsung di kolej, jangan harap hendak melihat muka mereka masuk…hendak melihat bayang-bayang mereka, lagilah jauh hehe

Tetapi apabila sudah berada di semester akhir iaitu semester keempat, mereka mula berubah….mula menjadi peramah, tegur dan bergurau dengan pensyarah….mula datang awal ke kelas…..dan yang paling aku terkejut, mula hendak menyertai aktiviti kolej dan mengisi masa lapang dengan bersukan di kolej…..

Aku rasa mereka hendak meluangkan sebanyak mungkin masa di kolej, kerana mereka sudah berada di semester akhir….mungkin mereka akan rindu kolej ini nanti apabila sudah habis belajar nanti….

Bagi aku…..aku gembira dengan perubahan ini, mungkin belum terlambat lagi untuk mereka berubah…. Aku harap perubahan ini akan berkekalan sehingga mereka memasuki alam pekerjaan nanti… Perangai yang elok itu haruslah dikekalkan, perangai yang tidak elok itu….cubalah tinggalkan perlahan-lahan ye… hehe


 bergambar dengan pelajar aku selepas persembahan nasyid :)

Nota kaki: Ingin menyertai kursus pendek asas pembinaan blogspot? Daftar sekarang.. Segera!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn. Norazila) untuk tempahan kursus atau di facebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...