Selamat tahun baru!!!
Azam baru, semangat baru dan kejayaan baru!!!
InsyaALLAH!!!
Hari ini aku bekerja, sebab negeri Johor tidak mengambil
cuti untuk tahun baru. Disebabkan aku tinggal di Melaka, dan bekerja di johor….Jadi
jiran-jiran aku pelik aku kacak bergaya pada pagi tadi…Mereka ingat aku
bermimpi apabila aku bersiap-siap hendak pergi kerja pagi tadi… Sampai ada
jiran sebelah rumah aku tegur
“Hai angah, hari ini kan tahun baru…mana kerja…”
“Angah kerja kat Johor la makcik, johor tidak ambil cuti
tahun baru”
Mereka rasa pelik saja….Dan mungkin mereka akan terus
rasa pelik apabila aku bangun pagi kacak-kacak pada pagi ahad lepas ini….Selalunya
mereka akan lihat muka aku pada tengah hari, hari ahad heheh Lepas ni,
pagi-pagi ahad lagi aku sudah siap mandi…
Maklumlah, Tahun ini…Johor bercuti pada hari Jumaat dan
Sabtu…Jadi Hari Ahad akan bekerjalah… Itu yang seronoknya tinggal di sempadan
Melaka-Johor hehe….. Aku tengah cuba membiasakan diri untuk bercuti pada hari
Jumaat dan Sabtu…. Aku tiada apa-apa masalah dengan pertukaran cuti ini…bagi
aku sama sahaja apabila bekerja di Kolej Komuniti…..Hari cuti pun biasanya
perlu bekerja… Sama ada mengajar kursus pendek ataupun terlibat dengan aktiviti
komuniti setempat… I love my Job!!!
Dan pagi tadi ketika aku masuk ke dalam kelas, ada
pelajar bertanya kepada aku..
“Encik sambut tahun baru kat mana malam tadi??”
“Saya di lindungilah daripada perkara-perkara yang
melalaikan….saya tertidur awal semalam”, balas aku selamba
Kelihatan muka pelajar aku bengang dengan jawapan aku….heheh
No comments:
Post a Comment