Hari ini aku mengadakan satu temuduga olok-olok atau
dalam bahasa inggeris dipanggil “Mock Interview” untuk pelajar semester akhir
aku….. Aku bersama ketua program terpanggil untuk lebih mengukuhkan asas
komunikasi pelajar kerana kami mendapat teguran ketika memantau pelajar
menjalani latihan industri pada tahun lepas….
Wakil syarikat memaklumkan kepada kami bahawa pelajar
boleh membuat kerja TETAPI mereka lemah dalam komunikasi….jika ada masalah,
mereka hanya pendam sahaja….tidak tahu bergaul dan sebagainya. Maka, untuk
pelajar semester akhir ini…aku telah mengajar cara-cara untuk berkomunikasi
dengan berkesan, guna bahasa badan, membuatkan mereka yakin untuk bercakap dan
akhirnya sesi temuduga.
Dan pagi tadi diadakan satu temuduga olok-olok…. Terima
kasih kepada kaunselor kolej, Pn Norashikin yang sudi menjadi penemuduga…
Pelbagai gelagat yang dapat dilihat…apa yang dilarang untuk dilakukan ketika
temuduga, ada juga pelajar yang melakukannya… Antara perkara-perkara yang telah
dilakukan oleh mereka ialah
1.
Dalam masa 10 minit, hampir 30 kali mengusik
mata, hidung, dahi dan leher heheh…. Selalu orang yang cuba hendak menipu yang
akan buat macam tu hehe
2.
Menarik kerusi menghampiri meja penemuduga hehe
3.
Tidak mengetuk pintu dan memberi salam
4.
Duduk tanpa disuruh
5.
Melipat resume / tidak membawa resume dan
sijil-sijil
6.
Menggoyangkan kaki dan tangan secara kerap
7.
Berpeluh sakan walaupun bilik ber”aircond”
8.
Ayat berpusing-pusing dan tidak menjawab soalan
9.
Kerap buat bunyi “cit” (tembak cicak – kata pelajar
aku) dan “arghhh”
10.
Menggunakan bahasa pasar….
Aku berharap mereka dapat sedikit ilmu walaupun tidak
banyak untuk digunakan dalam kehidupan mereka terutamanya ketika mencari kerja
nanti….
Nota kaki kanan: Jom mendaftar sebagai pelajar Kolej
Komuniti Ledang di SINI
No comments:
Post a Comment