Wah sangat penat tapi sangat seronok…..
Pertama kali sertai sambutan Maulidurrasul di Tangkak….Bukan
sertai perarakan tetapi jadi AJK Kendarat… Aku ditugaskan untuk memantau
beberapa orang pelajar menguruskan bahagian minuman sebelah kanan Masjid Jamik
Bandar Tangkak…. Kawan-kawan aku yang
lain memantau pelajar bahagian VIP, makanan, dan minuman sebelah kiri Masjid.
Pada mulanya, agak rileks sedikit sebab pada awal pagi,
sambutan maulidurrasul di mulakan dengan perarakan dari hentian bas ke dataran
tangkak… Selepas itu, orang ramai akan memasuki perkarangan Masjid untuk
mendengar ceramah Maulidurrasul.
Ketika orang ramai sudah membanjiri perkarangan Masjid
lah, tugas bahagian air menjadi semakin sibuk… Perlu menuang air dalam cawan,
membancuh air, membasuh cawan dan mencari cawan hehe.. Takkan lah pelajar aku
sibuk membuat kerja, aku hanya tengok dan memberi arahan sahaja…Jadi aku pun
sertai mereka… Sebab bagi aku, aku pegang prinsip belajar dari tauladan… Jangan
pandai mengarah sahaja…
Dalam sekelip mata, cawan yang berisi air di atas meja
habis….memang kami perlu membuat kerja dengan cepat…perlu mencari semula cawan
yang tidak di pulangkan kembali dan membasuhnya… Tapi yang kelakarnya, apabila
kami mengingatkan orang ramai yang mengambil air
“Nanti pulangkan semula cawan ini selepas minum ye”
Kebanyakkan daripada mereka, akan minum berdiri di
hadapan kami….dan pulangkan semula cawan tu heheh
Tapi yang seronoknya, aku terjumpa dengan kumpulan
anak-anak yatim di mana aku pernah membuat program di rumah anak-anak yatim
mereka… Aku memanggil mereka
“Adik kenal abang lagi”
“Kenal”
“Tapi kenapa tidak tegur abang….Nasib baik abang toleh
semasa hendak bagi air ni”
“Seganlah abang”
Nasib baik mereka kata kenal….Kalau mereka kata tidak
kenal sebab aku sudah gemuk…Memang nak kenalah hehe….
Walaupun sangat penat, sampai aku tertidur selepas balik
ke rumah…Aku sangat seronok!!!
Nota kaki kanan: Hari ini aku dapat makan nasi dalam
dulang, sudah lama aku tidak buat…Itu akan menambahkan kemesraan…dan yang
paling penting sentiasa beringat pada rakan sebelah heheh
Nota kaki lagi: Salam Maulidurrasul…Jom perbanyakkan
selawat
Yang Menulis
KJ-KUN
Facebook: Kj Kun
Instagram: Khairuljohari86
Wechat: kjkun86
No comments:
Post a Comment