Aku masih ingat lagi, ketika aku zaman kanak-kanak…yakni
ketika aku masih lagi di bangku sekolah rendah….Cikgu sering bertanya
“Apakah cita-cita anda apabila besar nanti?”
“Tentera”
Itulah jawapan yang aku sering berikan….dari darjah satu hingga
darjah enam…tidak berubah… Biasanya jawapan yang popular ketika itu adalah
polis, cikgu dan doctor. Kebiasanya
jawapan itu dipengaruhi dengan pekerjaan ibubapa mereka…. Mereka melihat apa
yang ibubapa mereka jadi.. Aku pun sama lah… Tidak pernah terfikir untuk
menjadi jurutera, penulis blog mahupun Perdana Menteri heheh
Namun begitu, menurut kaji selidik oleh Adecco Malaysia
baru-baru ini, 12 peratus kanak-kanak berusia tujuh hingga 14 tahun di Malaysia mahu
menjadi pelakon apabila dewasa nanti. Ini kerana mereka ingin mencipta nama dan
mendapat pendapatan yang tinggi. Tetapi yang aku peliknya, kenapa Pelakon?
Sudah terang lagi bersuluh, menunjukkan kanak-kanak zaman
sekarang lebih terdedah kepada pengaruh media massa seperti televisyen berbanding pengaruh
ibubapanya sendiri. Mereka melihat
kehidupan sebagai seorang pelakon adalah glamour, kaya, mewah, popular dan
sebagainya. Adakah ia benar? Aku tidak tahu, cubalah tanya artis-artis di
Malaysia ini
Dulu, aku pernah bertanya kepada ibu aku…
“Boleh tak angah hendak menjadi seorang penyanyi atau
pelakon?”
“Boleh..dengan syarat angah sehebat Siti Nurhaliza”
“Tidak jadilah”
“Kenapa?”
“Angah sayang Siti Nurhaliza….Kalau angah sudah sehebat Siti Nurhaliza, nanti orang ramai tidak mahu mendengar suara Siti Nurhaliza lagi”
Nota kaki kanan: adakah kehidupan artis itu memang sangat
indah atau hanya sekadar indah khabar daripada rupa?
Nota kaki kiri: Terlalu ramai artis di Malaysia ini, dari
yang popular sehinggalah yang suam-suam kuku.. Dari yang aku kenal, sehinggalah
yang aku tidak sedar kehadirannya….
Nota kaki kanan kawan: Siapa presiden Seniman sekarang ye?? Aku hanya ingat Zed Zaidi je...
No comments:
Post a Comment