Aku hampir sahaja hendak cium lembu petang tadi ketika
pulang dari Kolej.
Biasalah kalau melalui jalan kampong, pasti ada
macam-macam haiwan yang akan melintas secara mengejut…..aku sudah biasa sangat,
kalau memandu dari rumah aku ke kolej…pasti setiap hari aku akan nampak bangkai
haiwan di atas jalan raya akibat di langgar….. Kucing, anjing, ular, monyet, ayam,
tupai dan sebagainya… Aku juga pernah terserempak dengan seekor kuda yang
sedang meragut rumput di tepi jalan. Terkejut aku sekejap kerana ada kuda dalam
kampong ini..
Dan tadi aku sangat hampir untuk melanggar seekor lembu
yang tiba-tiba melintas jalan… nasib baik aku sempat memberhentikan kereta….Kalau tidak, aku dan miss vivi mesti tercedera....
Aku
tidak faham la kenapa Tuan lembu itu suka melepaskan lembunya merata-rata….bukankah
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya? Lagipun jika lembu itu di langgar
mati, bukankah tuannya akan rugi??
Dan cuti semester lepas, ada seorang pelajar aku
kemalangan bersama lembu….jadi perkataan lembu sangat sensetif di dalam kelas
aku…. Jika aku terlanggar lembu itu tadi, pasti aku kena “bahan” di dalam kelas
seperti pelajar aku itu
Jadi aku bersyukur kerana tidak kena “bahan”, selamat
daripada melanggar lembu itu hehe
Nota kaki kanan: Penatnya mengemas Koperasi KolejKomuniti Ledang Johor Berhad tadi. Nantikan kemunculan terbarunya….
Nota kaki kiri: Oh yeah esok cuti…boleh berehat puas-puas..
No comments:
Post a Comment