Hari Jumaat…. Penghulu segala hari….
Hari ini aku bangun awal seperti biasa, walaupun aku
tidak bekerja hari ini…..
Walaupun tidak pergi ke ofis, tapi hari inilah masanya
untuk aku mengemas rumah…dalam seminggu, sehari je kemas rumah hehe
Pagi-pagi lagi aku sudah mandi, siapkan diri sekacak
mungkin untuk pergi membuat kad bank dan kad pengenalan baru….Itu untungnya
tinggal di sempadan Melaka- Johor heeh
Aku pun menghidupkan kereta menuju ke pekan Jasin, aku
singgah dulu ke bank…tapi malangnya ramai sangat orang, jadi aku terfikir untuk
menguruskan kad pengenalan baru terlebih dahulu…Aku singgah ke Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) jasin yang tidak berjauhan dari bank tadi… Kosong! tiada
orang…tapi perlu mengambil nombor giliran juga… baru sahaja ambil nombor,
nombor aku sudah terus di panggil….
Aku pergi ke kaunter, tapi orang kaunter tu memaklumkan
kepada aku
“Kalau nak buat kad pengenalan kat sini, ia mengambil
masa dalam sebulan baru siap…”
“Lamanya baru siap”
“Kalau abang nak cepat, abang kena buat kat ayer keroh….1
jam je siap”
Aku melihat jam….Sudah hendak tengah hari, nanti nak tutup
rehat untuk solat jumaat….
“Boleh je lah…sebulan pun sebulan lah”
“Okay, bagi IC abang”
Aku memberinya IC yang dah hancur itu…dan aku mengambil
gambar yang terbaru….habis lah gambar IC aku nanti gemuk….huhu….dan aku perlu
bayar RM 10…dan cip IC aku di tebuk… dan dipulangkan semula kepada aku
Tidak sampai 10 minit, semua urusan aku sudah selesai di
JPN….jadi aku pergi ke bank tadi….Masih ramai orang, mesti ramai yang
mengemaskini akaun ASB mereka hari ini… aku pergi ke kaunter pertanyaan untuk
bertanya mengenai kad bank aku yang hampir tamat tempoh ini dan untuk mengambil
nombor giliran….
“Ye, boleh saya bantu”, tanya gadis yang menjaga kaunter
itu dengan lembut
“Kad bank saya ni sudah hampir tamat tempoh, jadi apa
saya perlu buat?”
“Oh encik perlu isi borang ini….dan boleh saya dapatkan
IC encik”
Aku memberikan IC aku kepadanya. Gadis itu mengambil IC
aku…dan dia pandang aku atas bawah
“Kenapa?”, aku bertanya
“IC encik ini berlubang”
“Oh tadi saya pergi renew IC saya”
“Jadi encik tidak boleh buat kad bank baru hari ini,
sebab semuanya akan guna IC”
Adoyai…. Aku salah perancangan!! Merasalah seperti hidup
tanpa kad pengenalan sebulan…sebab aku hanya ada kad pengenalan berlubang heheh…tapi
aku warganergara Malaysia ye heheh
No comments:
Post a Comment