nak ikut.....

Saturday, November 16, 2013

Mengapa aku tidak tengok filem Malaysia….

Sekarang ini kecoh di akhbar membahaskan kenapa kutipan filem Malaysia semakin merosot..

Aku sebagai penonton biasa ingin memberi pandangan….Aku memang tidak tengok filem Malaysia atau lebih tepat lagi filem melayu di wayang…Kalau aku nak tengok pun, aku tengok di TV atau internet sahaja….lagipun masa Hari Raya pasti akan ditayangkan di TV heheh

Bukan kerana aku tidak patriotik atau aku tidak sayangkan Malaysia

Tetapi aku rasa tidak berbaloi tengok filem melayu di wayang… di mana harga tiket lebih kurang sama dengan filem luar Negara…. Yang lebih berkualiti dan ummppphhh!!!

Kadang-kadang aku merasakan drama di TV seperti cerekarama tu lebih berkualiti dari filem kita…

Dulu aku memang peminat filem Yasmin Ahmad…. Walaupun kebanyakan filem beliau kurang mendapat sambutan…Rasanya semua Filem Yasmin Ahmad aku tengok di wayang hehe

teringat zaman belajar kat U, gigih naik motor dalam hujan pergi tengok cerita ni kat wayang hehe

Dan aku yakin mesti akan ada yang bercakap kat aku

“Kalau kau hebat sangat, kau buatlah filem”

Bukankan industri perfileman kita sudah ada professor dalam bidang itu?? Kita boleh tengok hasil filemnya….


# Inilah kesannya kalau pentingkan kuantiti (kutipan) berbanding kualiti…bukankah apabila ada kualiti, insyaallah ada kuantiti? Apabila membuat filem semata-mata bisnes…..

Friday, November 1, 2013

Merasa menjadi putih…

Akhirnya dalam seumur hidup aku ini, dapat juga aku merasa menjadi putih sekejap semalam….

Ini lah akibatnya sambut hari jadi semalam,

Dalam 3 hari kebelakangan ini, aku agak sibuk dalam menguruskan pelajar untuk membuat latihan industry dan membantu untuk minggu suai kenal pelajar baru… Jadi 3 hari ini, aku pergi kerja pagi balik tengah malam.

Dan kebetulan hari jadi aku jatuh pada semalam…..Jadi aku hendak story sedikit apa yang terjadi sepanjang hari semalam….

Aku sengaja tidur awal sebelum pukul 12 pagi menjelang hari jadi aku, sebab takut terkena kejadian yang tidak diingini seperti baling tepung ataupun telur hahah… Biasanya, mereka-mereka yang berniat hendak mengenakan aku pasti akan membatalkan niat mereka kalau tengok aku sudah tidur….sebab aku tidur macam comelll jeeee hahaha

Dan aku bangun awal pagi untuk pergi kerja, dalam 6.30 pagi aku sudah sampai ofis…. Untuk memastikan pelajar baru yang tidur di kolej mengikut tentatif yang disediakan…. Aku melihat telefon bimbit aku, terdapat banyak mesej, wassap dan wechat mengucapkan selamat hari jadi…. Yang mana sempat aku balas, aku balas lah….

Sambil-sambil itu aku menyiapkan nota untuk mengajar pukul 8 pagi nanti….. Dan aku terima ucapan dan nyanyian selamat hari jadi ketika ke kelas daripada pelajar-pelajar dan rakan sekerja aku… Ini semua kuasa facebook… bertapa hebatnya facebook!!!

Selepas habis waktu pejabat, aku singgah sebentar untuk memantau aktiviti pelajar-pelajar baru yang di kawal oleh JPP dan PRS….. aku balik ke rumah dalam pukul 7 malam, untuk mandi dan solat maghrib serta melihat makwe aku Si Zara berlakon dalam Love You Mr Arrogant hehe….

Aku kembali ke kolej semula selepas waktu Isya, aktiviti malam semalam iaitu malam terakhir pelajar baru tidur di kolej ialah Malam Kebudayaan dan BBQ…. Aku sempat tengok persembahan pelajar-pelajar ini dan turut berkesempatan memberi komen atas persembahan mereka….terasa seperti Adlin Aman Ramli memberi komen kepada peserta akademi fantasia (AF) hehe

Selepas itu, aktiviti BBQ….memang kenyang dan bertambah Daebak Debab lah aku….Sedang aku borak-borak dengan staf lain….tiba-tiba aku rasa kepala aku basah dan melekit….aku pegang kepala aku… ada kesan tepung dan air oren….memang terbaiklah anda semua, dah lama aku teringin menjadi putih…. Ketika hari jadi aku yang ke……ahhh rahsialah, impian aku tercapai hahah…



Nota kaki kanan: Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari jadi kepada aku…tidak kiralah di mesej, wasap, wechat, facebook dan lain-lain….serta yang memberi hadiah, yang menghantar video dan gambar yang diedit dan juga yang telah mengenakan aku… Terima kasih banyak-banyak!!!


Nota kaki kiri: Emak aku mesej; “flying kiss daripada mama”…. Terasa nak terbang balik KL cium emak aku heheh

Monday, October 28, 2013

Kursus Blog Lagi!!!!

Hari ini aku kena mengajar kursus pendek asas pembinaan blog lagi…. Tapi kali ini pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail, Muar…. Memang sangat seronok!!!!

Kursus berjalan seperti biasa tetapi lebih sopanlah…hehe… tapi kalau sebelum ini…aku mengajar hanya pelajar sahaja tiada guru pengiring mereka, guru pengiring mereka selalunya akan masuk kelas lagi satu dimana kawan aku mengajar…Tapi hari ini 2 daripada 3 orang guru pengiring pelajar-pelajar ini masuk dalam kelas aku… Jadi aku kena kawal perangai akulah, tidak boleh gila-gila…..

Kebiasaannya, aku selalu akan cuak kalau kena mengajar orang yang lebih tua daripada aku….yelah kalau aku buat lawak, mereka PASTI tidak akan gelak…aku je gelak seorang diri….mungkin mereka hanya faham lawak zaman P. Ramlee je…tidak faham lawak generasi Y heheh…. lepas tu pandang aku tidak berkelip-kelip, macam nak makan….aku pun kadang-kadang keliru…betul ke aku mengajar ni hehehhe

Selalunya bulan Oktober dan November, kursus pendek berkaitan komputer ni sangat laris di pasaran terutamanya bagi pelajar-pelajar sekolah yang sudah habis peperiksaan….Jadi alang-alang tidak membuat apa-apa disekolah, cikgu mereka mengambil inisiatif membawa mereka menyertai kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti…..Sangat murah berbanding tempat lain…RM 1 untuk sejam bagi kursus yang tidak melibatkan bahan mentah… Macam-macam kursus ada dari computer sehinggalah bakeri….sebut sahaja hendak kursus apa, pihak Kolej akan cuba menyediakannya…..Jadi Kenapa membazir masa terluang anda? Terpromosi plak hehe…

“Psst ketua, lepas ni kena belanja makan ye hehe”

Dan selalu selepas habis kursus, aku selalu paksa pelajar-pelajar ini mengisi bahagian komen supaya aku tahu apa kekurangan aku dan aku dapat mempertingkatkan teknik pengajaran aku lain kali….Apabila mereka hendak hantar borang komen itu kepada aku, aku buat muka garanglah….baru mereka tulis baik-baik je hehehhe




Nota kaki: Jika ada sesiapa yang ingin belajar pelbagai kursus pendek tidak kiralah computer, masakan, hospitality, muzik dan sebagainya….bolehlah like dan hubungi di facebook JPSH… Kalau nak aku mengajar masak pun boleh… masak telur je lah heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...