Aku tdak pernah percayakan cinta zaman persekolahan…kerana aku beranggapan yang ianya hanya sekadar cinta monyet.. yang hanya untuk suka2..atau hanya untuk testing market saja.. x kan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin (kalau ada baguslah..)..Bukan sebab aku jeles…kerana tidak dapat merasakan cinta itu.. tetapi aku merasakan..aku akan mengecewakan harapan kedua ibu bapa aku…ini kerana ibu dan ayah aku menghantar aku pergi ke sekolah adalah untuk belajar..bukan untuk bercinta…tambahan pula, duit belanja pun ibu bapa yang beri..seluar dalam pun ibu bapa yang sediakan…inikan pula nak belanja awek makan… malunya!! Ini lah fenomena yang aku selalu perhatikan jika aku berjalan2 di klcc, midvalley dan sebgainya…akan dapat diperhatikan adik-adik remaja kita yang masih bersekolah..berkepit, berpegangan tangan… adoyai… kadang2 terasa kesian pula pada mereka ini… pelajaran ke mana.. cinta pun kemana…
p/s: aku akan bercinta bila aku sudah bersedia memberi komitmen..bila?? x tahu lagi…
