nak ikut.....

Sunday, November 14, 2010

Kambing dah sampai

(Sempena hari raya korban)

Pagi-pagi lagi aku telah bangun. Terbau sesuatu yang agak kurang menyenangkan. Busuk! Hamis! Dan yang sewaktunya. Bukan bau aku!! Kalau aku tidak mandi seminggu pun, rasanya bau aku lagi OK kot daripada bau ni…HEHE Makin lama bau tu makin kuat. Ow aku tidak tahan.. Aku keluar rumah..

Aku perhatikan ada lori lalu, dan bawa sekumpulan kambing…penuh di belakang lori tu.. Oww kambing dah sampai…nak di agih-agihkan ke surau berdekatan rupanya… Patut la bau busuk…Hari raya Korban dah semakin dekat…Dijangka rakyat di Malaysia akan merayakannya pada rabu depan (17 November 2010)..

cubaan beberapa ekor kambing menyamar jadi burung kerana takut di korban

p/s: Surau-surau akan mula dipenuhi oleh kanak-kanak yang hendak tengok kambing, lembu atau unta.. secara tak langsung parents mereka akan turut serta ke surau.. =)

p/s/s: Sedap ke daging unta eh??

Saturday, November 13, 2010

En Google meraikan ulang tahun Robert Louis Stevenson

Perasan tak homepage google… Kalau yang tak perasan, sebab terus buka facebook and twitter je…jadi tengok je lah bawah ni =)

Hari ini En Google baik hati untuk mendedikasikan homepage nya bagi meraikan ulang tahun ke-160 Robert Louis Stevenson (kalau masih hidup lah…)..

Siapakah Robert Louis Stevenson itu??

Ahli Muzik??

Perdana Menteri??

Ahli Bina Badan??

Atau Menteri yang penuh skandal??

Semua tu TIDAK!!!

Beliau ialah seorang penulis dan penyajak yang hebat. Beliau lahir di Edinburgh, Scotland pada 13 November 1850. Di antara karya beliauyang hebat dan popular ialah “Treasure Island”, “The Black Arrow,” dan “The Strange Case of Dr. Jekyll”, Kalau nak tahu lebih lanjut pasal beliau…tanyalah En google ye…dia lebih pakar..

p/s: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...