nak ikut.....

Thursday, December 22, 2011

Jika Kiamat 2012, sudahkah anda bersedia??

Banyak ramalan menyatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012, dan tahun 2012 semakin hampir… iaitu kira-kira 10 hari sahaja lagi… Dan aku pernah lepak dengan kawan baik aku…. Dengar dia bercerita mengenai kiamat 2012 ini dari malam sampai ke subuh… meremang juga bulu roma aku, kerana terlalu takut untuk menggambarkan suasana kiamat itu…. Kita tidak boleh menafikan dengan menyatakan bahawa yang kiamat tidak akan berlaku…Cuma harinya sahaja kita tidak tahu….tetapi kalau kita membaca dan memahami Al-Quran dan buku-buku agama, pasti kita akan melihat pada zaman sekarang tanda-tanda kiamat semakin jelas kelihatan…. Betul kan??

Jadi apa persediaan kita??

Ketika kawan aku bercerita mengenai kiamat akan berlaku pada tahun 2012… aku ada bertanya pada dia..

“Betul ke kiamat akan berlaku pada tahun 2012”


“Persoalannya bukan bila kiamat akan berlaku, tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya??” balas kawan aku


Jika kiamat tidak berlaku pada tahun 2012 sekalipun, tetapi kita sudah bersedia dengan amalan yang cukup untuk dibawa bersama ke alam yang lain yang kekal abadi… Sebab kita tidak tahu bila kita akan mati…

Dan baru-baru ini, ketika aku melalui lebuh raya PLUS menghala ke tol Tangkak…yang tidak pernah sesekali berlaku kesesakan pada jam 1.00 pagi…. Aku melihat ramai polis dihadapan… aku ingatkan sekatan jalan raya, jadi cepat-cepat aku pastikan semua orang di dalam kereta aku menjadi pengguna jalan raya yang paling baik…aku pastikan tali pinggang keselamatan di pakai, terutamanya penumpang belakang…. Apabila aku menghampiri kawasan polis itu, aku melihat sekujur tubuh kaku terbaring diatas jalan raya yang sudah ditutupi dengan plastik…. Dan aku perhatikan sekeliling terdapat sekumpulan golongan remaja, dan aku yakin mereka adalah kawan kepada mangsa… Jadi kematian datang tidak mengenal usia!!


Persoalan sekarang, adakah amalan kita sudah cukup untuk di bawa menemui Allah?? Adakah kita layak untuk mendiami syurga Allah?? Dan aku pernah ditanya oleh pakcik aku dahulu…

“Angah rasa amalan angah sudah cukup ke untuk masuk syurga??”


“Tak tahulah pakcik, asalkan sembahyang 5 waktu tidak ditinggalkan lah”


“Pakcik rasa belum cukup kalau setakat sembahyang 5 waktu saja”

“Kenapa pakcik??”

“Yela, Rasulullah s.a.w yang telah dijaminkan tempat dalam syurga pun masih melakukan dan menurut segala apa yang disuruh oleh Allah seperti solat, puasa, berzikir dan sebagainya…. Ini kan manusia, yang kadang-kadang leka dan lalai dalam melakukan perintah Allah, macam mana kamu boleh kata kamu layak untuk masuk syurga Allah?? Kamu tidak tahu malu ke??”

Sejak itu, aku sedar….kita jangan lah cepat merasa puas dalam melakukan perintah Allah…kena tanamkan sifat rasa tidak cukup dalam melakukan ibadat dan kebaikan… dan tidak terlambat untuk melakukan kebaikan mulai hari ini….jika sebelum ini, kita tidak pernah bersolat, tidak terlambat untuk memulakan hari ini… kerana kita tahu Allah itu Maha Pengampun…. Dan biasa lah, apabila kita cuba untuk mengubah ke arah yang lebih baik…dugaannya sangat la besar…aku sudah merasainya.. dan itulah janji syaitan, dia akan berusaha untuk menyesatkan manusia sehingga kiamat…

p/s: Aku tulis entri ini, bukanlah sebab aku baik atau hendak tunjuk baik…tapi hanyalah sebagai peringatan terutamnya kepada diri aku… Jika anda pandang positif, anda akan dapat mesej yang cuba disampaikan…

“Sebarkanlah meskipun hanya satu ayat”




Kosmo: Lokasi tempat ramalan kiamat di Chiapas, Mexico

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...