Aku sudah agak… Melaka kalau cuti umum mesti sesak… Jadi betul la aku bagi alasan pada ketua jabatan aku hari tu hehehe… Tol ayer keroh pasti akan sesak…jadi aku terpaksa untuk ambil cuti selama seminggu hehehe….sebab kalau aku balik KL untuk cuti 3 hari, aku susah untuk masuk Melaka kembali nanti hahahah….Kalau tak percaya, boleh baca akhbar hari ini… kesesakan teruk berlaku di Plaza Tol Ayer Keroh di mana kenderaan bersesak-sesak sepanjang 4 kilometer… Biasalah Melaka kan ada banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong yang boleh di lawati seperti Kota A'Famosa, bangunan Stadthuys, kapal Flor De Lamar, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, kuil Hoong Teng, kampung Morten, makam Hang Tuah, makam Hang Jebat, Jonker Walk. Menara Taming Sari, bot Melaka River Cruise, Zoo Melaka, Taman Botanikal, beca, Duck Tours, Taman Tema Melaka Wonderland dan Pulau Besar… Hampir semua tempat ini aku sudah pergi, walaupun aku baru duduk secara rasminya di Melaka ini selama 5 bulan hahhaha
Jadi di sini, aku hendak memberitahu yang aku bangga menjadi penduduk tetap negeri Melaka mulai bulan Julai yang lepas hahahah…Dan apabila cuti selama seminggu yang aku pohon telah lulus, aku pun bertolak balik ke KL pada Jumaat lepas….saja bertolak lewat malam hari itu kerana takut jalan masuk ke KL sesak…tapi sebaliknya berlaku… jalan bertentangan yang menghala ke selatan yang sesak… rasa bahagianya memandu masuk KL tanpa sesak di lebuh raya hehehe
p/s: Ada seseorang bagi soalan pada aku..aku tak pasti la sama ada ia soalan atau teka-teki… tetapi ia berbunyi macam ini
“Kenapa kita bayar duit tol, tapi kita terpaksa juga mengharungi kesesakan di lebuh raya???”
p/s(ii): Bukan saja kesesakan aku alami di lebuhraya, tapi aku pernah mengalami kisah seram juga di lebuh raya….
No comments:
Post a Comment