nak ikut.....

Saturday, December 31, 2011

TOP TEN ENTRI: Tahun 2011

Pejam celik, pejam celik…sekejapnya masa sudah berlalu…hari ini hari terakhir bagi tahun 2011… Esok sudah masuk tahun baru, tahun 2012… Rasanya macam semalam je, aku buat entri TOP TEN ENTRI: Tahun 2010… Tapi hari ini aku buat pula entri TOP TEN ENTRI: Tahun 2011 ini.


Dari pagi tadi, apabila aku buka TV, disiarkan imbasan berita hangat sepanjang tahun 2011, apabila aku buka radio pula… ia pun sama, paparkan carta lagu terbaik sepanjang tahun 2011… malah apabila aku buka untuk membaca surat khabar pun, ada coretan sorotan sepanjang tahun 2011….jadi aku akan rasa bersalah jika aku tidak buat entri ini HAHAHAH..


Sepanjang tahun 2011, aku telah berjaya mencuri masa untuk menyiapkan 136 entri termasuk entri ini… Dalam 136 entri ini, ada yang mendapat respon daripada pembaca sama ada komen di blog ini, facebook, email (khairul_khai86@yahoo.com), dan mesej… Ada komen positif dan negative, tapi aku ambil semua itu sebagai pengajaran untuk aku… Okay lah, dah panjang sangat mukadimahnya… mari kita tengok carta:-


Tempat ke sepuluh, ialah entri Cantiknya kejadian “halo bulan”.Betul…sangat cantik!!


Tempat ke Sembilan ialah entri Untungnya menjadi perempuan cantik…. Kalau anda tidak dapat diskaun, anda bukan perempuan cantik okay… HAHAHA


Tempat ke Lapan ialah entri Housemate aku tidur, mesti buka….Ini pengalaman aku ketika bekerja di Perak….Seram!!!!


Tempat ke Tujuh ialah entri Tentu arah kiblat cara moden…Cara mudah untuk tentukan arah kiblat…senang dan cepat…Jadi tiada alasan lagi untuk tidak bersolat..=)


Tempat ke enam ialah entri Jika Kiamat 2012, sudahkah anda bersedia??, Betul ke kiamat akan berlaku pada tahun 2012??

Tempat ke lima ialah entri MURNI, Maafkan abang…. Kisah percintaan aku dengan Murni….Sebelum aku, kecewa sangat dengan Murni dan berubah cinta pada Alif


Tempat ke empat ialah entri Kisah hantu di lebuh raya PLUS… Ini lah pengalaman seram yang aku hadapai ketika menggunakan lebuh raya PLUS…Aku sudah serik!!!!


Tempat ketiga ialah entri Missed Call itu Panggilan Rindu?? . Aku terkejut apabila entri ini mendapat sambutan walaupun ia di tulis pada 26 disember lepas….baru lagi ini…tetapi entri ini telah berjaya menarik pembaca seramai lebih 600 orang dalam sehari… Tetapi sejak entri ini di tulis, aku selalu dapat panggilan rindu hahahha


Tempat kedua atau naib johan ialah entri, Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia!!!. Al fatihah buat arwah, semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman


Dan JUARA CARTA ialah entri Kolej matrikulasi Pahang paling best!!!, Aku tidak tahu kenapa entri ini mendapat sambutan…Mungkin kerana ramai pembaca blog ini adalah di kalangan pelajar kot…

p/s: Aku sangat seronok dengan kehidupan aku sepanjang tahun 2011…=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...