Pada waktu petang….suasana sepi di rumah…kelihatan adik aku leka membaca akhbar metro… aku perhatikan dia sedang membaca artikel mengenai Mek Long nenek super… artikel itu mengisahkan seorang wanita yang cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79 tahun, yang masih mampu melakukan rutin harian tanpa mengharapkan sebarang bantuan. Dia mampu memasak, membasuh dan mengemas rumah, malah boleh melakukan kerja berat yang tidak terdaya dilakukan oleh orang celik seperti memanjat pokok kelapa…wow hebatnya nenek ni!!! Aku sendiri pun tidak reti panjat pokok heheheh
Menurut akhbar itu lagi,walaupun mek long tidak boleh melihat, namun dia boleh membezakan antara siang dan malam, malah mengetahui tiba waktu solat hanya berpandukan suara ayam berkokok.
Dan Tiba-tiba adik aku bertanya pada aku….mentang-mentanglah pada waktu itu, aku tidak baca akhbar metro lagi…
“Macam mana mek long ni tentukan waktu subuh, walaupun dia tidak nampak??”, tanya adik aku
“Dia dengar azan subuh la…azan subuh kan lain… ada ayat tambahan dalam azan”, balas aku dengan yakinnya..
“Salah!!! Dia dengar ayam berkokok…kalau ayam berkokok sekali itu tandanya dah subuh lah…”
“Erk?? Macam tu pula…”
“Haha… macam mana pula dia tentukan sudah masuk waktu zohor??”, tanya adik aku lagi..
Owww…adik aku ingat aku bodoh eh….aku tak kan terkena lagi…“Mestilah apabila ayam tu berkokok 2 kali”, balas aku dengan yakin
“Eh betul la, hebat angah”, adik aku sedikit terkejut dengan jawapan aku yang tepat….hahah…. “Macam mana jika waktu asar??”, tanya adik aku lagi
“Mestilah apabila ayam tu berkokok 3 kali”
“Eh betul gak…. Macam mana dengan maghrib??”
“Mestilah 4 kali ayam tu berkokok”, aku jawab dengan pantas sebelum adik aku sempat habis bertanya…
“SALAH!!!!”, balas adik aku….
“Erk…..Salah???”, Aku kepelikkan…dalam kepala aku tidak terlintas sebarang jawapan lain…”Entah…”, aku mengalah…
“Jika waktu maghrib, ayam berkokok di bawah rumah la”, balas adik aku sambil ketawa besar…
Aku bengang!!! Tak kan la akhbar metro tulis macam tu… aku rampas akhbar tu dan baca… memang betul ia tulis macam tu…. Adik aku terus ketawakan aku…
Aku bengang, aku terus tanya adik aku satu soalan…”Tak kan solat satu hari, 4 kali saja?? Macam mana pula mek long tentukan waktu isya’ pula??”
“Eh, mana ada tulis dalam akhbar tu”
“Ada!!!” balas aku cuba kelentong..
“Tak ada, dah baca habis berita tu”
“Ada…kat bahagian bawah sekali,,,mesti terlepas pandang ni”, aku cuba yakinkan adik aku..
“Isya’ eh??? Mestilah apabila ayam itu berkokok lima kali”, balas adik aku
“SALAH!!!”, jawab aku… “Cepat angah bagi peluang untuk cuba lagi”
“Ayam tu berkokok bawah rumah juga la”, adik aku menukar jawapannya…
“SALAH!!! Cepat cuba lagi” , balas aku lagi..
“Entah la ngah”, adik aku mengalah..
“Mek Long dapat tentukan waktu isya’ apabila sudah tidak kedengaran ayam berkokok lagi…kerana sudah waktu malam, ayam kena kurung dalam reban”, balas aku sambil ketawa….HAHAHA…
Adik aku tidak puas hati dengan jawapan aku…dia rampas akhbar metro tu dan membaca berita itu sekali lagi… Aku pun apa lagi…..cabut lari la HAHAHA
p/s: Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya….
p/s(ii): Malunya, kita yang celik ini pun kadang-kadang mengabaikan waktu sembahyang…
p/s(iii): Ahad ni, apabila aku balik kampong…aku hendak dengar, betul ke bilangan kokokkan ayam menentukan waktu sembahyang?? =)
1 comment:
walaupun mata nenek tu tak celik , deria nye cukup celik ( kecuali penglihatan ) , salutt nenek ni .
Post a Comment