nak ikut.....

Tuesday, December 20, 2011

Wahai Si Ulser, Kenapa jeles??

Arghhhh!!! Tertekan aku….

Ulser muncul kembali….

Alkisahnya, Jumaat lepas tempat kerja aku menganjurkan program “Team Building” untuk kesemua pekerjanya di Hotel Crystal Crown, Johor Baharu…Program itu dianjurkan selama 3 hari iaitu dari hari jumaat hingga hari Ahad…. Aku sangat gembira!!! Dapat duduk hotel dan makan makanan hotel lagi…Yeaahhhhh… Kebiasaannya, selepas aku pulang daripada kursus atau program di hotel, pasti berat aku akan naik hahahah

Malam sebelum bertolak ke hotel itu, aku mula rasa lain macam dalam mulut aku…. Rasa sukar untuk menelan air liur dan makanan…. Ni mesti ulser tumbuh!!! Keesokannya, semakin rasa sakit…. Jadi aku tidak dapat menikmati makanan hotel dengan selesa….aku hanya memilih makanan yang lembut sahaja… sangat rugi!!! Begitu juga dengan hari kedua dan ketiga, aku masih kena makan makanan lembut… tapi hari ketiga, ulser itu semakin beransur baik… tapi tetap sukar untuk menelan makanan…

Apabila sudah balik ke rumah, dan keesokan harinya…ulser itu sudah baik…Kawan aku kata, untuk bagi ulser itu baik atau mengelak daripada terkena ulser, kita kena kerap minum air masak… dan hari ini aku terasa lain dalam mulut aku…terasa sakit ketika menelan air liur…. janganlah ulser muncul balik….kerana khamis ini aku ada jamuan tahunan untuk tempat kerja aku…. Aku hendak makan puas-puas heheheh… Ni kena minum air masak banyak-banyak ni!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...