nak ikut.....

Monday, December 5, 2011

Undi mereka tidak rahsia!!!

Ini tidak adil!!!

Undi sepatutnya rahsia!!!!

Mana boleh orang lain tahu!!!!

Bentak seseorang kononnya memperjuangkan hak rakyat…tapi kalau di tengok betul-betul benda yang diperjuangkan hanyalah hal remeh temeh….sepatutnya memperjuangkan perkara yang lebih besar lagi seperti menurunkan harga barang yang semakin naik, kebajikan rakyat dan sebagainya yang berguna…

Wah dahsyat intro entri aku kali ini….hehe ni mesti kes bahang pilihan raya utama 13 (PRU13) yang semakin hampir…. Bayangkan kalau angkasawan kita, sama ada Dr. Sheikh Muzafar atau Dr faiz berada di angkasa semasa proses pilihan raya berlaku…apa yang akan berlaku??? aku yakin, mesti dialog seperti intro tadi akan kedengaran ehehe….

Baru-baru ini, dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov dan Anatoly Ivanishin telah membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari angkasa…Ini kira undi pos juga ke???heheh… Mereka yang merupakan krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu telah membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi dengan menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow. Mereka telah berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan.

p/s: Setiap rakyat ada hak untuk menentukan pemerintah…jadi gunakan kuasa anda untuk mengundi… tidak sabarnya, hendak mengundi buat pertama kalinya dalam PRU 13…

2 comments:

cinnamon.com said...

salam ukhwah..

Adib said...

kalau undi rahsia mcmana nak kira kan..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...