Pepatah ada menyatakan…terlajak perahu boleh diundur….terlajak makan, bayar la jawabnya….Kalau tak nak bayar, silalah basuh pinggan mangkuk hehehe
Aku ada tips macam mana nak elak daripada makan kat restoran yang cekik darah…tips yang biasa aku amalkan lah kalau pertama kali makan di sesuatu restoran itu…. Kalau dah biasa makan, dan sudah tahu julat harganya…tak kisah lah….Melantak terus pun takpe tanpa membaca doa makan heheh…
Tips pertama….pastikan anda melangkah masuk restoran itu dengan kaki kanan….supaya dapat berkat…. Dan kalau boleh baca bismillah sekali….kan bagus setiap perkara dimulakan dengan bismillah….hehe
Kemudian, tengok ada tak logo halal yang di iktiraf oleh JAKIM…. Kalau ada logo tu, baru tarik kerusi dan duduk hehhehe
Selepas itu, tips inilah yang paling penting sekali….Minta MENU makanan ataupun tanya harga sebelum order/amik makanan…. Inilah yang biasa aku amalkan…minta menu, lepas tu tengok satu-satu senarai harga yang tertera…apabila anda mendapati harganya agak mahal, dan anda hendak menjaga ego anda…anda takut terasa malu…kerana keluar restoran tanpa order… maka anda order lah benda paling murah…biasanya aku order air kosong je secawan… lepas minum dan bayar, aku cari lah restoran lain yang murah hehehe…. Itupun kalau aku hendak order air kosong, biasanya aku buat-buat pergi tandas…lepas tu cabut hahha
p/s: Gunakanlah kuasa pengguna anda!!!