Kenapa aku?
Kenapa Allah uji aku begini?
Pernahkah sesekali terlintas dalam fikiran anda
menyalahkan Tuhan ketika anda menghadapi dugaan atau ujian? Sejujurnya aku
pernah….
Aku juga pernah ditanya oleh seorang sahabat ketika
belajar dulu….yang memang dia seorang yang menjaga solatnya….solat awal waktu… berjemaah
di surau atau masjid
“Kenapa aku selalu gagal dalam pelajaran? Aku sentiasa
jaga solat aku…tetapi aku tidak secemerlang Ahmad yang solat pun tidak tentu
itu….”
Ketika itu aku hanya mampu berkata, “Pasti ada hikmahnya…”
Dan kali ini, persoalan itu kembali lagi apabila ada
pelajar yang bertanya kepada aku….
“Kenapa saya tidak Berjaya encik? Saya selalu menjaga
solat dan tingkah laku saya…”
Terus aku teringat satu cerita…aku tak pasti dimana aku
dengar cerita ini
Kisahnya ada seorang lelaki yang terdampar di sebuah
pulau keseorangan… Dia hanya mampu berdoa kepada Allah untuk menyelamatkannya…
Hari demi hari silih berganti, tetapi tiada sebuah kapal pun yang lalu datang
menyelamatkannya…. Dia terpaksa membina sebuah pondok kecil sebagai tempat
berteduh daripada cuaca panas dan hujan serta binatang buas…. Walaupun dia
merasakan dirinya agak malang, namun dia tidak putus-putus berdoa kepada Allah…
Suatu hari, dia meredah hutan bagi mencari makanan.
Sekembalinya daripada mencari makanan, dia perhatikan pondoknya terbakar.. Asap
berkepul-kepul naik ke langit… Dia terus merasakan dirinya malang, seperti “sudah
jatuh ditimpa tangga”.
Tetapi dia tidak sedar, kerana asap itulah sebuah kapal
datang ke pulau itu dan dia Berjaya diselamatkan.
Nota kaki kanan: Kita jangan mempersoalkan apa yang telah
Allah tetapkan untuk kita. Yakinlah pasti ada hikmah disebalik kejadian. Tetapi
ingatlah setiap perilaku bukan hanya berserah pada takdir semata-mata….mesti
mesti diiringi dengan Usaha, Doa dan Tawakal…
Nota kaki kiri: Kita biasanya apabila ditimpa musibah,
kita selalu mempersalahkan Allah…Tetapi apabila memperolehi kesenangan, kita
tidak ingat Allah…melafazkan tanda kesyukuran…