Akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki aku di
Kelantan… Seminggu pula tu…
Niat aku turun di Kelantan sebab hendak merasa raya di
Kelantan dan ingin merasa suasana disana…. Sebelum ini aku dengar macam-macam
orang kata pasal Kelantan… tetapi aku ni jenis tidak cepat percaya kalau aku
tidak tengok, merasa dan pergi sendiri…..
Aku memandu sendiri pergi ke sana…. Lebih kurang 9 jam
perjalanan….
berehat sebentar di pantai dungun...melonggarkan apa yang patut
Setiba aku disana, aku tidak mengalami sebarang kejutan….malah
keadaan sebenar adalah jauh dari jangkaan aku… Aku selalu dengar yang Kelantan ni
negeri termiskin, tetapi yang aku peliknya kebanyakan rumah-rumah disini agak
besar-besar…. Itu aku tidak pastilah sebab aku hanya berjalan sekitar Kota
Bahru dan Rantau Panjang sahaja….jadi aku tidak boleh membuat kesimpulan
keseluruhan…
sapa doh kawe sini :)
Kebetulan kehadiran aku itu adalah pada Hari raya haji…. Dan
aku awal-awal lagi sudah di beri peringatan oleh kawan-kawan aku di Kelantan…
“Kalau kau nak shopping waktu ini, harga barang mungkin
mahal….dan pastikan bukan engkau yang bercakap dengan penjual itu…pastikan ada
yang pandai kecek kelate bersama kau”
Banyak juga lah duit aku habis dengan membeli-belah…tetapi
kebanyakan makanan…itu pun aku nak bagi kat keluarga aku heheh… Antara hasil
tangkapan aku ialah jersey, periuk, air kangaroo, budu, keropok, anak patung
dan lain-lain… Penuh gak la tempat duduk belakang kereta aku, aku risau dengan
pemeriksaan Kastam atau Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) hehe…. Nasib baik
lepas!!
Dan aku rasa tidak puas untuk pergi ke Kelantan lagi….
Banyak tempat aku tidak sempat pergi lagi…. Sebab kebanyakan masa aku di sana,
aku pergi raya rumah kawan-kawan aku heheh… Terima kasih kepada Ariff, Hazmie,
Irfan, Abe, Tuan, Pn Mazlaini, Farah (keluarga-keluarga mereka) dan lain-lain
kerana memberi layanan yang baik ketika aku bercuti di sana.
aku sempat singgah TRW Station
Sempat makan nasi lemak di kedai sedara piya @ajihs nasi lemak
Akhir kata, Semoga Kelantan Menang Piala Malaysia!!! (Apa
kaitan dengan entri ini?? heheh)
miss vivi aku sudah ada pakaian baru...hehe
Nota kaki : Jangan mudah percaya dengan kata-kata orang,
takut ia akan menjadi fitnah…lebih baik kita mendapatkan kepastian terlebih
dahulu J
1 comment:
Rumah aku ko xsmpt nk g kn. sob sob sob.. pastikn next time p ag..
Post a Comment