Kring!!! Kring!!
Sejak kebelakangan ini, aku kerap menerima panggilan
telefon dari pelbagai pihak terutamanya daripada Insuran dan Kad Kredit… Aku
pun tidak tahu kenapa… Kalau dulu, aku mesti tanya balik mereka, mana dapat
nombor telefon aku…. Memang mereka tidak akan beritahu lah…dan selalunya
jawapan mereka adalah
“Nombor anda bertuah, anda terpilih daripada beribu-ribu
nombor yang ada….”
Ataupun
“Sistem computer yang memilih nombor anda”
Dan yang baru sekejap tadi
“Nombor anda terpilih sebab anda lahir bulan ini”
Yang hairannya, macam mana anda tahu aku lahir bulan ni
daripada nombor telefon? Nampak sangat maklumat peribadi aku telah diberikan
kepada mereka oleh seseorang atau agensi.
Aku memang tak kan bersetuju pun walaupun dikatakan
produknya berkualiti dan aku akan menyesal kalau menolaknya… Cukup la sekali
aku sudah terkena dahulu, kata hanya hantar dokumen tidak perlu bayar apa-apa..
Dan tahu-tahu apabila aku semak baki duit dalam bank sudah kena potong Rm 400
lebih…
Kalau betul-betul produk anda berkualiti, kenapa hanya
menjual secara tele-marketing sahaja?? Ini kerana apabila aku minta untuk
mendengar penerangan secara bersemuka atau pergi ke kiosk produk itu yang
terdekat… Mereka semua akan berkata
“Kami hanya jual kat abang dalam talian je, kat kiosk
tiada promosi ini… Abang yang sangat bertuah menerima panggilan ini, kiranya
kalau abang tidak setuju…abang akan rugi”
Memang aku tidak setujulah!!!
Nota kaki kanan: Betul ke aku bertuah? Aku tidak pernah
kena cabutan bertuah, dan kalau masuk pertandingan selalu aku kalah sahaja
tetapi kalau aku membawa pelajar bertanding…InsyaALLAH akan ada mata… Harap
pasukan petanque trio lelaki KKLJ yang sedang aku bawa ini akan membawa
kemenangan….Amin!!!
Nota kaki kiri: Aku selalu kalau terima panggilan macam
ini, aku akan buat-buat macam tidak jelas panggilan…dan aku katalah..”Saya
sedang memandu!!”
No comments:
Post a Comment