nak ikut.....

Saturday, January 25, 2014

Anda gembira???

HaHaHaHaHa!!!

Anda sudah ketawa dan bergembira hari ini?

Kalau belum, anda mungkin gembira mendengar berita ini…. “Rakyat kita paling gembira di Asia”….

Ini menurut kaji selidik agensi penyelidikan, IPSOS Asia Pasific….tiga faktor utama yang menyumbang kepada tahap kegembiraan adalah:-

a)      Keintiman hubungan bersama pasangan (53%)
b)      Hubungan bersama ibu bapa (46%)
c)       Kebahagian mempunyai kesihatan ahli keluarga dan rakan yang baik (41%)

Bahagian B dan C aku ada, bahagian A tiada lagi…..jadi aku kurang bahagia heheh…

Dan daripada kajian tersebut juga, perkara utama yang sering membawa kepada kemurungan adalah apabila menghadapi masalah kewangan. Yelah zaman sekarang ini, nak masuk tandas awam pun perlukan duit…. Memanglah hidup bukan kerana duit, tetapi duit adalah segalanya…

aku makin berisi hari demi hari...itu tanda gembira kan?? hehe

Nota kaki kanan: Esok Anugerah Juara Lagu, aku sokong lagu Bahagiamu Deritaku…..


Nota kaki kiri: Aku semakin gemuk bahagia…hari ini makcik aku belanja pizza, ayam goreng, mee goreng dan kueh tiaw

Thursday, January 23, 2014

Hampir cium lembu

Aku hampir sahaja hendak cium lembu petang tadi ketika pulang dari Kolej.

Biasalah kalau melalui jalan kampong, pasti ada macam-macam haiwan yang akan melintas secara mengejut…..aku sudah biasa sangat, kalau memandu dari rumah aku ke kolej…pasti setiap hari aku akan nampak bangkai haiwan di atas jalan raya akibat di langgar….. Kucing, anjing, ular, monyet, ayam, tupai dan sebagainya… Aku juga pernah terserempak dengan seekor kuda yang sedang meragut rumput di tepi jalan. Terkejut aku sekejap kerana ada kuda dalam kampong ini..

Dan tadi aku sangat hampir untuk melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan… nasib baik aku sempat memberhentikan kereta….Kalau tidak, aku dan miss vivi mesti tercedera....
Aku tidak faham la kenapa Tuan lembu itu suka melepaskan lembunya merata-rata….bukankah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya? Lagipun jika lembu itu di langgar mati, bukankah tuannya akan rugi??

Dan cuti semester lepas, ada seorang pelajar aku kemalangan bersama lembu….jadi perkataan lembu sangat sensetif di dalam kelas aku…. Jika aku terlanggar lembu itu tadi, pasti aku kena “bahan” di dalam kelas seperti pelajar aku itu

Jadi aku bersyukur kerana tidak kena “bahan”, selamat daripada melanggar lembu itu hehe



Nota kaki kanan: Penatnya mengemas Koperasi KolejKomuniti Ledang Johor Berhad tadi. Nantikan kemunculan terbarunya….


Nota kaki kiri: Oh yeah esok cuti…boleh berehat puas-puas..

Tuesday, January 21, 2014

Temuduga olok-olok

Hari ini aku mengadakan satu temuduga olok-olok atau dalam bahasa inggeris dipanggil “Mock Interview” untuk pelajar semester akhir aku….. Aku bersama ketua program terpanggil untuk lebih mengukuhkan asas komunikasi pelajar kerana kami mendapat teguran ketika memantau pelajar menjalani latihan industri pada tahun lepas….

Wakil syarikat memaklumkan kepada kami bahawa pelajar boleh membuat kerja TETAPI mereka lemah dalam komunikasi….jika ada masalah, mereka hanya pendam sahaja….tidak tahu bergaul dan sebagainya. Maka, untuk pelajar semester akhir ini…aku telah mengajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan berkesan, guna bahasa badan, membuatkan mereka yakin untuk bercakap dan akhirnya sesi temuduga.

Dan pagi tadi diadakan satu temuduga olok-olok…. Terima kasih kepada kaunselor kolej, Pn Norashikin yang sudi menjadi penemuduga… Pelbagai gelagat yang dapat dilihat…apa yang dilarang untuk dilakukan ketika temuduga, ada juga pelajar yang melakukannya… Antara perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka ialah

1.       Dalam masa 10 minit, hampir 30 kali mengusik mata, hidung, dahi dan leher heheh…. Selalu orang yang cuba hendak menipu yang akan buat macam tu hehe
2.       Menarik kerusi menghampiri meja penemuduga hehe
3.       Tidak mengetuk pintu dan memberi salam
4.       Duduk tanpa disuruh
5.       Melipat resume / tidak membawa resume dan sijil-sijil
6.       Menggoyangkan kaki dan tangan secara kerap
7.       Berpeluh sakan walaupun bilik ber”aircond”
8.       Ayat berpusing-pusing dan tidak menjawab soalan
9.       Kerap buat bunyi “cit” (tembak cicak – kata pelajar aku) dan “arghhh”
10.   Menggunakan bahasa pasar….

Aku berharap mereka dapat sedikit ilmu walaupun tidak banyak untuk digunakan dalam kehidupan mereka terutamanya ketika mencari kerja nanti….



Nota kaki kanan: Jom mendaftar sebagai pelajar Kolej Komuniti Ledang di SINI

Nota kaki kiri: Jom mendaftar kursus pendek. Klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...