nak ikut.....

Thursday, January 21, 2010

Perlukah aku mula men”tweet”??

Aku sudah ada banyak akaun untuk laman-laman sosial seperti Hi-5 (kurang aktif), Myspace (buka jarang-jarang), Friendster (buka kadang-kadang…seminggu sekali) dan Facebook (setiap saat buka hehehhe)..Persoalannya sekarang, perlukah aku membuat akaun Twitter dan Tag??? Ini sebab kawan aku menyuruh aku membuka kedua-dua akaun itu sedangkan prinsip aku….aku tidak akan add orang yang aku tidak kenal untuk menjadi member melainkan diorang yang add aku heheeh…jadi member-member aku dalam Hi-5, Myspace, Friendster, dan Facebook kebanyakannya adalah orang yang sama…

p/s: Akaun bank aku masih tidak penuh lagi ni…sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan, amatlah dialu-alukan…hehhe

Perlukah aku mula men”tweet”??

Aku sudah ada banyak akaun untuk laman-laman sosial seperti Hi-5 (kurang aktif), Myspace (buka jarang-jarang), Friendster (buka kadang-kadang…seminggu sekali) dan Facebook (setiap saat buka hehehhe)..Persoalannya sekarang, perlukah aku membuat akaun Twitter dan Tag??? Ini sebab kawan aku menyuruh aku membuka kedua-dua akaun itu sedangkan prinsip aku….aku tidak akan add orang yang aku tidak kenal untuk menjadi member melainkan diorang yang add aku heheeh…jadi member-member aku dalam Hi-5, Myspace, Friendster, dan Facebook kebanyakannya adalah orang yang sama…

p/s: Akaun bank aku masih tidak penuh lagi ni…sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan, amatlah dialu-alukan…hehhe

Sunday, January 17, 2010

Untungnya jika aku seorang VIP…

Betul ke zaman sekarang ini semua orang bergantung kepada duit?? Termasuk lah untuk mendapatkan sebuah cinta??? Jika betul lah…alangkah untungnya jika aku seorang VIP…ini bukan bermakna aku tidak bersyukur apa yang aku ada sekarang ini..aku amat bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang menerima aku seadanya….bukan berdasarkan harta (makan pun kais pagi makan pagi….) atau rupa aku yang sedap dipandang nie hehhehe..

Adakah masih wujud lagi cinta tanpa dibayangi perkara-perkara lain seperti kemewahan, kecantikan rupa paras dan lain-lain?? Oww susahnya hendak mencari cinta yang benar-benar jujur dari hati pada zaman ini….Cuba lah tanya pada pasangan yang bercinta…Kenapa dia mencintai pasangannya itu?? Pasti akan keluar pelbagai jawapan seperti dia cantik/kacak (tak kekal lama tu dik oiii), dia kaya (itu rezeki pemberian tuhan, kenapa anda tidak lebih mencintai Tuhan…), dia baik (biasalah depan pasangan, pijak semut pun x mati…)….

Jom kita buat penilaian….Antara Insan A (Seorang VIP) dan Insan B (Seorang rakyat biasa)…. Yang mana satu anda pilih??….

a) Insan A sanggup menyediakan jet persendirian untuk anda sambil menikmati makanan mahal di dalamnya manakala insan B hanya mampu membuatkan anda sebuah kapal terbang kertas sambil menyanyikan lagu dari kumpulan exist (kapal terbang kertas)…sambil minum Kopi cap Kapal Api di warong tepi jalan…

b) Insan A memberi hadiah beribu-ribu ringgit sempena hari jadi anda, manakala Insan B hanya mampu memberi hadiah berharga puluhan ringgit je…itu mungkin yang paling mahal yang boleh diberikan… kalau tak ada duit pun, mungkin dia hanya memberi anda sebuah kotak kosong sambil mengatakan di dalamnya saya telah memasukkan banyak sekali ciuman untuk awak..

c) Jika keluar berdating, Insan A menjemput anda dengan menaiki kereta-kereta mewah seperti Ferrari….dengan siap ada pemandu sendiri tetapi Insan B mungkin akan menjemput anda dengan menaiki kenderaan awam yang juga siap ada pemandu sendiri… kalau tak pun mungkin hanya dengan menggunakan kereta tempatan….

d) Jika pergi makan, Insan A membawa anda ke restoran mewah atau Hotel 5 bintang ke atas… yang telah ditempah terlebih awal…hanya anda dan Insan A saja yang makan disitu…Manakala Insan B membawa anda ke restoran Mamak… di mana terdapat ramai orang (secara jujurnya aku pun x suka restoran Mamak atas sebab-sebab tertentu, tetapi kalau dah x ada alternative lain…bedal saja heheheh)

e) Insan A akan membawa anda pergi bercuti di New Zealand dan United Kingdom (UK) manakala Insan B akan membawa anda pergi bercuti di Kampung New Zealand, Pahang dan Ulu Kelang (UK)..

Sebenarnya ada banyak lagi nak disenaraikan…tapi anda tepuk lah dada tanyalah selera kay hehhe

p/s: Cinta yang Agong hanyalah pada-MU, Ya ALLAH

p/s/s: Jodoh pertemuan semuanya ditentukan oleh ALLAH…kita hanya merancang, DIA yang menentukan..

p/s/s/s: tidak semua golongan VIP menggunakan duit mereka untuk mendapatkan cinta dan tidak semuanya insan biasa jujur mencari cinta…ada je orang biasa berlagak kaya untuk mendapatkan cinta…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...