nak ikut.....

Friday, January 22, 2010

Tak guna menjadi lelaki…

Tak guna menjadi lelaki jika tidak membantu wanita dalam kesusahan..

Alkisahnya bermula pada pagi tadi…seperti biasa jam 7.15 pagi, aku akan menghantar adik aku pergi ke sekolah terlebih dahulu dan kemudiannya baru aku bergerak pergi ke pejabat… maklumlah aku ni seorang abang yang baik hehehe…

Ketika hendak pergi ke perjabat, dan melalui satu selekoh…aku terlihat seorang kanak-kanak perempuan berpakaian sekolah yang aku rasa berumur dalam lingkungan 7 tahun berdiri di sisi jalan yang bertentangan…. ketika itu aku perhatikan lampu isyarat jalan itu berwarna merah…. Aku pelik kenapa budak itu berdiri di situ, dan tidak pergi ke sekolah… Rupa-rupanya, emak budak itu tengah bersusah payah untuk menghidupkan enjin motor yang tiba-tiba mati….betapa sukarnya si ibu itu hendak menghidupkan enjin motor dengan berpakaian baju kurung…. Yang aku geramnya, ada la beberapa orang lelaki yang menunggang motor yang berhenti disebelahnya kerana lampu merah… hanya menengok saja si ibu itu…Ish bagi la pertolongan… kalau aku ada kat jalan seberang tu dah lama aku hulurkan bantuan….

Tapi mungkin tak bleh salahkan lelaki-lelaki itu sepenuhnya, mungkin diaorng beranggapan:

a) Perempuan ini akan fikir yang diorang akan ambil kesempatan atau mengoratnya.

b) Perempuan sekarang kan dah boleh berdikari….selalu memperjuangkan hak supaya berdiri sama tinggi dengan lelaki….

c) Takut nanti bila hulurkan bantuan, motor tak nak hidup juga….ohhh Malunya nanti..

d) Oww waktu pagi semua orang busy untuk pergi kerja…jadi nanti terlambat sampai ofis kalau tolong nanti….

p/s: Tolong menolong lah sesama manusia, tidak kira berlainan jantina, bangsa mahupun agama….pesanan khidmat masyarakat ini ikhlas daripada KJ

Thursday, January 21, 2010

Pilih Ayah atau Teman Lelaki??

Oww korang janganlah awal-awal dah gelabah…dan terus cop aku sebagai seorang gay apabila membaca tajuk entri aku kali ini tanpa membaca isi nya….perkara ini selalu berlaku kepada rakyat Malaysia… kononnya rakyat Malaysia ini terlalu busy untuk membaca keseluruhan cerita, just membaca tajuk je hehehe..Sebenarnya ini bukanlah kisah aku…tetapi kisah seorang gadis yang berada dalam dilema sama ada hendak memilih teman lelakinya atau ayahnya…

Cuba korang bayangkan seketika berada di tempat gadis itu… aku tengah bayangkan ni, korang kena bayangkan juga baru korang akan berfikir secara bernas heheh…tetiba aku terus duduk bersimpuh ayu ala-ala gadis hehehe

“Gadis ini ingin mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang tidak mendapat restu daripada bapa kandungnya. Malah, dia diugut bapanya melalui SMS untuk menceraikan ibunya jika dia mahu meneruskan perkahwinan dengan lelaki pilihannya itu”.

Persoalannya:

a) Mengapa Si ayah tetap berdegil tidak mahu si anak melangsungkan perkahwinannya?? Bukan kah perkahwinan itu baik daripada jika berlakunya zina??

b) Mampukah si gadis membuat keputusan yang tepat?? Antara keluarga atau teman lelaki??

c) Mengapa si ibu yang menjadi mangsa keadaan di dalam ini cerita??

p/s: Oww ini membuatkan aku takut untuk berkahwin heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...