nak ikut.....

Friday, December 24, 2010

Anda cuma ada 3 minit…30 minit….dan 3 jam…

Entri ini bukan lah untuk mengulas satu rancangan di Astro itu…tetapi:-

3 minit!!!

Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka atau tidak. Wah cepatnya!!!

Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.

Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita. Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka. Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.

30 minit!!!

Menurut kajian aku pula, wanita selalu bagi tempoh 30 minit kalau hendak bersiap…mungkin untuk ber “make-up” kot…Bila aku mesej kawan perempuan aku untuk ajak keluar, mesti dia akan kata…”bagi I setengah jam eh”…

Kecantikan muka mudah diperolehi dengan make-up, kecantikan hati..???

3 jam!!!

Ini pun menurut kajian dan kebiasaan yang aku alami…Aku paling tidak suka kalau pergi shopping dengan perempuan…Mesti ambil masa yang lama…hampir 3 jam juga…tapi barang yang dibeli tak ada banyak mana pun…tapi dia hendak masuk hampir semua kedai…tak tahu lah apa yang dicari…

p/s: Kadang-kadang sukar untuk memahami perempuan kan…

Haid senjata terakhir…

Macam-macam alat telah dibawa bagi melindungi diri…

Payung, penyembur mata dan sebagainya…

Aku ingat lagi cerita emak aku…

Emak aku akan pastikan yang dia akan membawa duri pokok limau bersamanya jika menaiki pengangkutan awam…bagi melindungi dirinya..

Jika ada lelaki yang ambil kesempatan atau terlalu dekat, emak aku akan cucuk lelaki itu dengan duri itu…HAHAH

Tapi kalau lelaki itu sudah terlalu dikuasai oleh nafsu…senjata-senjata itu pasti tidak berguna…

Hanya senjata terakhir saja yang dapat menyelamatkan wanita itu daripada dirogol…iaitu Haid

Dah dua kali aku baca dalam akhbar, wanita terselamat dari diperkosa kerana Haid

Yang terbaru, seorang wanita terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan disebabkan datang bulan,Pemandu teksi itu memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa. Pemandu itu tidak akan mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya, Mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa. Tetapi lelaki itu mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan. Namun, bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.

Itu kalau perempuan….Bagaimana kalau lelaki yang kena rogol??...Kesian!! (Baca sini)

p/s: Aku memang benci dengan pemandu teksi….dah lah cekik darah, perangai pula tidak senonoh…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...