nak ikut.....

Wednesday, September 28, 2011

Oh telur…kenapa naik???

Arghhhh!!!! Harga telur ayam dah naik!!!

Naik 2 sen sebiji bagi semua gred di seluruh semenanjung mulai semalam…

Alasannya kekurangan bekalan…

Tapi nanti bila bekalan dah cukup…harga telur ayam mesti tak turun balik 2 sen…mesti buat-buat lupa punya…

Ini menjadikan harga baru bagi telur ayam gred AA peringkat runcit meningkat kepada RM32.50 untuk 30 biji berbanding RM30.50 sebelum ini manakala telur gred A berharga RM32 berbanding RM30 bagi jumlah sama dan telur gred B RM31 berbanding RM29.

Sementara itu, harga untuk 30 biji telur ayam gred C ialah RM30 berbanding RM28 manakala gred D RM29 berbanding RM27.

Kesian lah kat aku yang bujang ini….telur goreng merupakan lauk yang paling istimewa dan sedap yang biasanya orang bujang seperti aku ini makan…ehheh..jadi kami terasa dengan kenaikan harga telur ini

Oh telur…turunlah balik..

p/s: Apa kata seminggu dua ini, kita pakat ramai-ramai jangan makan telur…biar bekalan jadi banyak dan stabil semula di pasaran…gunakan kuasa pengguna!!

Saturday, September 24, 2011

Jangan sentuh objek pelik…

Hari ini aku baca surat khabar…..ada berita di mana Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui… Ini kerana ia berkemungkinan serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)…Kan aku dah kata dalam entri yang lepas…jangan kata jangan….lagi dilarang, lagilah disentuh hehehe…

Laporan NASA yang dipetik collectSPACE..com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.

Aku menjadi takut dan lebih berhati-hati apabila keluar rumah….takut terpijak atau tersentuh serpihan satelit itu jika ada, yang mungkin merbahaya kepada diri manusia….Aku jalan keluar rumah hanya tunduk memerhati tanah je…. Memerhati setiap langkah ku…. Lagak seperti ustaz amirul yang menjaga pandangannya =)…syukur jika diriku berkekalan seperti itu heheh

Dan pagi tadi, aku membantu makcik aku mengemas halaman rumah….makcik aku gigih menyapu daun-daun kering yang terdapat di halaman rumah…dan aku ternampak sesuatu benda yang pelik berada berhampiran rumah…. makcik aku terus menyapu dan menghampiri kepada benda itu….. aku menjadi takut dan menjerit

Aku: Makteh…jangan dekat dengan benda itu!!!

Makteh: Kenapa? Tak kan nak biar je kat sini??

Aku: Benda itu mungkin satelit…bahaya kalau terkena kulit!!!

Makteh: Satelit mendenya….ini tahi lembu yang dah keras la!!!

Aku:@#$%&@

Aku kena banyak belajar menjadi budak kampong….Ini tidak, setiap hujung minggu balik KL hahaha…atau aku perlu kurangkan baca surat khabar??? hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...