nak ikut.....

Thursday, December 29, 2011

Missed Call itu Panggilan Rindu??

Jam menunjukkan pukul 7.10 petang.. Aku leka menonton cerita Tentang Dhia di TV3. Tiba-tiba, telefon bimbit yang aku letak atas almari berbunyi…menandakan ada panggilan masuk… aku bergegas untuk mendapatkannya….dan apabila aku memegang telefon bimbit aku, panggilan itu dimatikan… tertera pada skrin telefon bimbit aku….1 missed call….Aku tekan keypad untuk melihat siapa gerangan yang menelefon aku pada waktu senja-senja begini…. Satu nama yang familiar tertera pada skrin telefon bimbit aku…budak aku rupanya…

Aku tidak terus telefon kembali, kerana bagi aku…kalau ia perkara yang penting, dia akan telefon aku kembali atau menghantar mesej jika panggilan tadi tidak berjawab…Aku memegang telefon bimbit aku, sambil aku menyambung menonton cerita Tentang Dhia… Tiba-tiba, telefon bimbit aku berbunyi kembali… tapi kali ini bunyinya terlalu pendek…tidak sempat aku mengangkatnya… seolah-olah pemanggil memang sengaja membuat miss call…tahu-tahu je aku tengah pegang telefon bimbit… aku toleh sekeliling aku… mana lah tahu ada orang tengah perhatikan aku ke…Tiada…. Aku tekan key pad untuk melihat siapa yang membuat miss call tu…. Nama budak aku yang telefon tadi tertera di skrin…

“Ish kenapa budak ni telefon aku senja-senja ini, ada benda penting ke??” getus hati aku…. Aku mula menjadi risau… Jadi aku pun menelefon budak itu kembali..

“Hello,kenapa telefon saya??”, Tanya aku dengan lajunya sebaik panggilan aku di angkat...

“Saya saja je buat miss call”, balasnya tanpa kedengaran seperti orang yang bersalah.

“Waktu senja-senja ni??? Kenapa miss call saya??”, tanya aku lagi kerana tidak berpuas hati dengan jawapannya..

“Miss Call tu kan panggilan rindu…saya rindu encik, sudah lama tidak jumpa encik”, katanya dengan nada serius…

“Erkkkkk, rindu saya?? Okay kita jumpa nanti minggu depan…tapi jangan lah miss call pada waktu senja, ingatkan emergency ke apa tadi”..Pada mulanya hendak marah…terus tidak jadi marah hahahah

p/s:Rasanya malam ini episod terakhir cerita Tentang Dhia. Mesti tengok!!! Jangan lah ada orang rindu lagi hehehe

Azam tahun baru..

Lagi 2 hari, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya…dan tahun 2012 akan muncul pula…. Pelbagai dugaan dan cabaran telah aku lalui sepanjang tahun ini…yang pasti akan menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku….. dengan aku asyik tukar pelbagai kerja…merantau banyak negeri dan akhirnya Johor juga menjadi destinasi aku bertapak…mungkin belum rezeki aku lagi untuk bekerja di Kuala Lumpur…harap aku akan kekal lama di sini, kerana aku seronok dengan kerja aku ini walaupun ada kawan ajak aku pindah…

Dan biasanya apabila tahun baru muncul, pasti kebanyakan orang termasuk aku akan sibuk membuat dua benda ini…. Pertama mencari diari….dan kedua membuat azam baru dan tulis di dalam diari hahaha… Dan kebiasaannya bagi aku, ia hanya bertahan dalam tempoh sebulan saja…itu pun sudah agak lama hahah…. Kali ini, aku malas hendak membeli diari dan membuat azam baru….kerana kata kawan aku, aku ni bukan jenis orang yang merancang….kalau aku merancang je mesti tidak jadi hahah… jadi aku cuma harap, hari ini akan lebih baik daripada semalam je… kalau semalam aku tidak mengemaskini blog ini, jadi hari ini aku kena tulis entri la hahahh….

p/s: Untuk membuat sesuatu perjalanan yang jauh, tetap dimulakan dengan langkah pertama. Tiada gunanya membuat azam yang tinggi tanpa tindakan…Azam itu akan hanya menjadi angan-angan..

p/s: Azam aku hendak kahwin…jadi aku kena ikut langkah-langkah yang diberikan oleh ustaz azhar ni =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...