nak ikut.....

Wednesday, March 21, 2012

Blog aku tumpang populariti Adam??

Oh Mak Kau!!!

Serius terkejut aku….apabila dalam masa dua tiga hari ini, aku buka blog dan tengok statistic blog ini mencanak naik….Dulu statistic sekadar biasa-biasa saja…suam-suam kuku je…orang pun hanya pandang sebelah mata saja pada blog ni huhuhu…tapi sejak kebelakangan ini, ramai pula yang berkunjung… Tapi aku hampa….iklan nuffnang pula tak banyak masuk hehehe….

Dan aku rasa, aku tahu kenapa statistic blog ini semakin naik…Sebabnya Mentor 6 kan sudah bermula di TV3…dan salah seorang pesertanya iaitu KJ yang merupakan protégé kepada Adam…. Kebetulan orang pun panggil diri aku ni KJ…kira aku tumpang populariti Adam juga lah haha…. Aku tengah terkejut lagi… Adam jadi mentor?? Hahah…sebenarnya aku tidak sempat mengikuti lagi siaran Mentor…tidak tahu sama ada si KJ ni hebat atau tak….

Jadi aku hendak minta maaf lah kepada pembaca yang masuk blog ini, yang sangka ini blog protégé Adam…pasti hampakan!!!

Tuesday, March 20, 2012

Ujian mengejut!!!

Pagi semalam….

Sedang gigih aku membuat kerja di awal pagi…Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi….bunyi seperti air….siap bergetar lagi… habis poket seluar aku turut bergetar juga…terpaksalah aku segera mengeluarkan telefon bimbit aku dari seluar… takut ada benda lain bergetar sama….duit syilling okay….jangan fikir bukan-bukan….Kalau telefon bimbit aku berbunyi air itu menandakan ada mesej masuk…

Aku pun buka dan baca mesej itu…

“Satu ujian akan diadakan pada jam 9.30 pagi di bilik seminar. Semua staf diwajibkan. Mohon supaya beri kerjasama”

Rasanya lebih kurang begitulah bunyi mesejnya….aku sudah tidak ingat…sebab aku sudah delete mesej tu sebab terlalu terkejut….Haha

Ujian secara mengejut akan dilakukan ke atas semua staf tempat aku kerja????….Apa????

Aku pun pergi ke tempat yang telah ditetapkan iaitu di bilik seminar…untuk melihat ujian apa yang akan dilakukan….

Sebaik saja aku sampai di bilik seminar….aku perhatikan ada beberapa orang staf yang sudah berada disitu…. Ada juga beberapa orang lelaki yang aku tidak kenal….. Aku masuk ke bilik seminar itu dan mengambil nombor….Nama seorang demi seorang dipanggil….Kerana terlampau terkejut dengan ujian itu….semua staf yang dipanggil namanya pasti akan terkencing…. Aku sungguh berdebar menunggu giliran aku…

Beberapa minit kemudian, nama aku pun dipanggil oleh seorang lelaki, yang aku tidak kenal itu….Selang beberapa minit..aku pun terkencing juga….Malu tak perlu cakap la… Tak tahu hendak letak muka aku dimana…

Walaupun aku malu….Tetapi aku bangga sebab aku lulus ujian ini…Urine Test HEHEHE!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...