nak ikut.....

Sunday, August 4, 2013

Tips mendapatkan duit yang banyak

Disebabkan raya dah dekat…. Jadi aku ingin memberi tips bagaimana hendak mendapatkan duit yang banyak dalam satu hari…. Aku dah amalkannya dulu, dan ianya berkesan…

Tapi tips ini sesuai untuk kanak-kanak sahaja…..orang dewasa adalah sebaliknya, iaitu orang dewasa terpaksa mengeluarkan duit dengan banyak… hehe… Ingat!!! Tips ini hanya boleh diamalkan masa raya sahaja…

Berikut adalah tips-tipsnya

1.  Pastikan ketika hendak beraya, baju melayu mempunyai banyak poket, kalau boleh baju, seluar dan sampin turut mempunyai poket sekali…supaya mudah untuk menyimpan duit raya hehe… Yela kalau ada satu poket je, nanti tuan rumah nampak banyak sampul raya dalam satu poket itu, dia akan kata….

“Kanak-kanak tidak boleh pegang banyak-banyak duit raya”

2. Pastikan berpuasa penuh, biasanya kanak-kanak sekarang ini disogok dengan duit untuk berpuasa penuh, bukan dengan hikmah puasa itu sendiri….Sehari puasa dapat seringgit, jadi kalau 30 hari berpuasa penuh…automatik semasa raya sudah dapat RM 30….

3. Kalau pergi beraya, pastikan tidak pergi dengan kawan-kawan yang ramai…cukup la ada kawan seorang dua sahaja…Biasanya tuan rumah tidak akan bagi duit raya yang banyak jika kuantiti yang datang itu terlalu ramai heheh….silap-silap hari bulan, tuan rumah tidak buka pintu rumah langsung kalau nampak daripada jauh sekumpulan kanak-kanak datang heheh

4.  Jangan duduk terlalu lama untuk satu-satu rumah….cukuplah sekadar minum air dan makan satu dua jenis kuih raya…kerana masa itu emas hehe….

5. Jangan terlalu malu, kalau tuan rumah tanya apa-apa soalan…cakap dengan banyak dan yakin… Ini kerana tuan rumah akan rasa kamu sangat comel…dan kemungkinan besar, duit raya pun dapat lebih heheh

6. Jangan memilih rumah besar sahaja baru hendak pergi beraya…..setiap rumah adalah peluang heheh….walaupun beranggapan rumah kecil akan memberi duit raya yang sikit, tetapi bukankah “sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukit” heheh

Tapi ingat ye adik-adik, duit raya tu jangan digunakan pada perkara yang tidak berfaedah seperti membeli mercun… apa kata duit itu disimpan dalam bank atau memberinya pada ayah untuk dibuat isi minyak kereta, pulang ke rumah heheh

#Mesti apabila sekolah dibuka nanti, perkara pertama yang akan ditanya pada rakannya disekolah ialah… “Berapa duit raya yang kau dapat?”heheh

#Duit raya itu tidak penting, yang penting adalah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia pada hari raya nanti… Selamat Hari Raya!!!

#Mesti apabila sekolah dibuka nanti, perkara pertama yang akan ditanya pada rakannya disekolah ialah… “Berapa duit raya yang kau dapat?” heheh

#Duit raya itu tidak penting, yang penting adalah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia pada hari raya nanti… Selamat Hari Raya!!!

Saturday, August 3, 2013

Duit Raya Lawan Kad Raya…

Yeah…dah nak raya…

Tapi sedih sebab bulan Ramadan akan meninggalkan kita…adakah aku sempat berjumpa dengan bulan Ramadan tahun depan? hurmmm tak tahulah..

Tahun ni raya aku tidak memohon cuti tambahan….jadi aku hanya cuti pada hari khamis hingga ahad sahaja…dari 1 syawal hingga 4 syawal sahaja… Yela kalau aku mohon cuti pun, aku hanya duduk rumah sahaja…. Kawan-kawan mesti belum habis beraya di kampong masing-masing…jadi tidak dapat aku beraya di rumah mereka…

Lagipun raya ketiga, adik-adik aku sudah mula bekerja dan balik ke universiti… tiada siapa di rumah…. Bab raya nanti aku cerita dalam entri lain….dalam entri ni aku hendak cerita mengenai duit raya dan kad raya….

Aku ingatkan tahun ini aku tak kan dapat kad raya macam tahun-tahun lepas, sebab teknologi semakin canggih…sudah ada macam-macam wassap, wechat, mesej, telefon, email, facebook,  dan lain-lain lagi…. Di mana penghantaran lebih cepat dan murah…

Tahun lepas aku ada la juga dapat kad raya….dalam 2 keping….tapi setiap tahun kuantitinya semakin merosot mengikut tahun hehe…sebab itu aku beranggapan tahun ini, aku tidak akan mendapat kad raya…tapi semalam aku ada terima satu kad raya pemberian sahabat aku semasa belajar di UTM… terima kasih Ehsan!!!!

Aku lagi suka cara lama ini, kerana Nampak keikhlasan dan usaha pengirim itu mengingati kita hehe…yela banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengucap hari raya pada kita… Pertama, kena beli kad raya…lepas itu mengarang sebaris dua ayat, kemudian pergi pejabat pos beli stem dan hantar kepada kita hehe…. Jadi rasa terharu aku itu lebih la hheheh… Dan yang lebih penting, aku boleh gantung kad raya itu di rumah heheh…

Bercerita mengenai duit raya pula, rasanya aku sudah lama tidak dapat duit raya daripada orang lain sejak aku bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri… malah perlu memberi duit raya lagi hehehe.. Kalau mengikut kaum cina, sesiapa yang belum kahwin boleh mendapat ang pow lagi hehe….

Aku suka melihat keletah budak kecil yang mengumpul duit raya, macam-macam reaksi…. ada kanak-kanak yang pernah datang beraya di kampong aku…hanya minum air sahaja dah nak balik, tidak sampai 5 minit pun semata-mata hendak duit raya heheh…dan ada juga, yang komen…“seringgit je makcik?”.. apabila makcik aku menghulurkan duit raya seringgit…. Kelakar je apabila aku melihat keletah mereka…

 tahun ni aku hanya ada 5 je sampul duit raya...siapa cepat, dia dapat heheh

Tapi bagi aku, semua itu pasti akan menjadi kenangan apabila kita semakin dewasa…

#Dulu aku selalu dapat kad raya, tetapi sekarang selalu dapat kad kahwin heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...