Monday, December 31, 2012

Tahun baru, tiada erti….


Sedih!!!

Sunyi!!!

Kehilangan!!!

Ye, aku rasa sunyi….bukan sebab aku tiada rakan… ramai je yang ambil berat akan diriku ini… terima kasih banyak-banyak!! Aku sangat menghargainya……tetapi diri ku kini terasa seperti satu kehilangan besar…. untuk menempuh tahun baru…2013…aku kehilangan

”orang” yang sentiasa menjadi idola aku….

”orang” yang sentiasa memberi kata-kata semangat apabila aku lemah…

“orang” yang sentiasa membantu aku apabila susah…..

“orang” yang sentiasa bersungguh-sungguh gelak, walaupun lawak aku tidak jadi

”orang” yang sentiasa bersama aku…..

kini sudah tiada selama-lamanya…. “orang” yang dimaksudkan itu ialah ayahku…Johari bin Othman… yang telah pergi menemui penciptanya… DIA lebih menyayanginya…. Pada 28 Disember 2012,jumaat, pada jam 6.06 petang….

p/s(i): Aku sangat rindukan ayah….Maaf kerana tidak menjadi anak yang baik…. Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh Allahyarham di sisi-Nya.. Al-Fatihah

p/s(ii): Sambutlah tahun baru dengan penuh kesyukuran…

Thursday, December 27, 2012

Tabik Spring!!!


Malam ini, aku lepak di rumah saja….Bosan!!!

Aku pun on kan TV….tiada cerita menarik…aku ambil remote control, dan tukar siaran satu per satu..
Sampai la aku terbuka TV9….ada siaran langsung Semanis Kurma… Rupanya, sudah lama aku tidak menonton semanis kurma… dan kebetulan tajuk malam ini agak menarik… “Aku bukan khunsa”

“Wow, beraninya buat tajuk ni!!”,itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut aku

Yelah, sebab selama aku ikut siaran semanis kurma sebelum ini…apabila ada sesuatu tajuk yang akan dibincangkan… ia pasti akan membawa dua orang panel…iaitu seorang yang pakar tajuk tu sama ada kaunselor atau ustaz dan seorang lagi…yang mengalami peristiwa seperti tajuk yang dibincangkan.

Jadi, tajuk malam ini…”aku bukan khunsa”, ada ke khunsa yang akan datang?? Kalau ada yang datang pun, mesti kamera ambil dari tepi je, tak nampak dengan jelas mukanya…. Itulah yang aku fikirkan pada mulanya…. Tapi sangkaan aku itu meleset sama sekali……cikgu khairi atau erinz berani datang menjadi panel, berkongsi pengalamannya…

Aku memang tabik spring la…toink!!! Toink!!! Anda memang seorang yang berani!!!

Tetiba aku teringat pesan emak aku…."Janganlah kita memandai-mandai menilai seseorang itu, kononnya yang orang itu baik, dia pasti akan masuk syurga, yang orang itu jahat, dia pasti masuk neraka…. Yang pentingnya, bagaimana pengakhiran kehidupan seseorang itu…itu semua urusan Allah…."

p/s: Terkejut aku apabila ustaz dalam semanis kurma itu tadi menyatakan ada 300 000 orang lelaki Malaysia yang berkahwin tetapi bernafsu dengan lelaki dan ada 7 Juta orang LGBT di Amerika syarikat.

Monday, December 24, 2012

Nilai durian crepe!!!


Anda pernah makan durian crepe??

Sekarang sedang fames mengenai durian crepe… Aku pun sudah mencubanya, itupun hasil pemberian rakan sekerja aku….. Sangkaan aku terlalu tinggi sebelum merasanya…tetapi apabila aku sudah merasanya, perkataan yang terkeluar dari mulut aku ialah

“Lebih baik makan buah durian betul, daripada makan benda alah ini…lagi berbaloi!!”

Serius, aku rasa lebih berbaloi makan buah durian betul daripada makan durian crepe ini… mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan aku, itu terpulang pada selera masing-masing…..tepuk dada tanya selera!!!

Ketika aku pulang ke Kuala Lumpur, keluarga aku pun terkena demam durian crepe…. Lebih-lebih lagi adik aku yang belajar kat university Malaya tu…. Memang dia teringin sangat, walaupun aku dah bagi komen negative mengenai durian crepe pada nya hehehe


Misi pencarian durian crepe aku bermula dari hari sabtu yang lepas…. Alkisahnya apabila adik aku itu mesej kakak aku, pagi sabtu itu, mengatakan yang dia teringin untuk makan durian crepe…. Kebetulan pagi itu, aku dan kakak aku pergi ke pasar tani….adalah seorang makcik itu menjual durian crepe disitu….tetapi 4 ketul kecik durian crepe berharga RM 10….aku rasa, ia sangat mahal…..sedangkan RM 10 boleh dapat, 2-3 biji buah durian… dan kebetulan juga…. Macam drama sinetron Indonesia pula….terlalu banyak kebetulannya…. Kawan aku ada mesej aku mengatakan yang dia hendak memberi aku durian crepe….

Alang-alang hendak mendapat durian crepe free….aku “menghasut” kakak aku supaya tidak membeli durian crepe daripada makcik itu… Hendak menjadikan cerita, adik aku sanggup balik rumah dari Universiti Malaya (UM) petang sabtu itu juga semata-mata hendak makan durian crepe…. Tetapi aku berjanji hendak jumpa kawan aku tu masa krismas nanti heheh…

Disebabkan rasa bersalah, aku memulakan misi mencari durian crepe malam sabtu itu….merata pasar malam, super market, dan kedai aku selongkar….tetapi hampa…. Dan adik aku pulang kembali ke UM pagi ahad itu dengan perasaan kecewa dan kempunan hehehh…..Sampai emak aku suruh cari juga durian crepe dimana-mana sahaja sebelum kami semua ke UM hari ini…. Sampai aku terfikir untuk membuat sendiri saja durian crepe tu….bukannya susah….

Pagi ini, aku masih tidak jumpa lagi durian crepe yang dicari….biasalah, apabila kita hendak sangat sesuatu benda itu, mesti tidak jumpa….tetapi apabila kita tidak memerlukannya, berlambak pula heehhe Pagi tadi, aku menghantar kakak aku ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengambil ubat, selepas itu misi pencarian durian crepe bersambung semula heheh….dari HKL sampai taman melawati aku redah, tetapi hampa….akhirnya aku pulang ke rumah pada jam 11 pagi….

Menurut kawan aku, kat Mudah ada je orang jual durian crepe…. Aku pun online dan tengok kat mudah… Memang ada beberapa orang yang menjual durian crepe… aku cari yang sekitar rumah aku… ada la dalam 3 orang… jadi aku mesej ketiga-tiga itu

“Salam. Saya hendak order durian crepe. Kalau saya hendak ambil pada pukul 12.30pm nanti sempat ke buat?”

Nasib baik ada seorang yang balas, dia kata dia boleh buat…. Jadi aku rasa lega, dapat bawa durian crepe untuk adik aku nanti…. Aku beli 4 kotak durian crepe J. Dan tadi aku buka facebook,aku lihat adik aku sudah komen mengenai durian crepe… Kan dah kata, taknak percaya…. heheh

Saturday, December 22, 2012

Nama saya Afiq


Khamis lepas….kebetulan negeri Johor cuti…sempena hari Hol Almarhum Sultan Iskandar… Jadi tempat kerja aku telah membuat hari staf di Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk satu hari itu…. Pada sebelah pagi, diadakan Majlis penghargaan untuk staf yang telah memberi khidmat cemerlang sepanjang tahun 2012 dan sebelah petangnya pula diadakan sukaneka dan bersantai di taman tema nya…



Syukur..Alhamdulillah…aku telah dapat penghargaan perkhidmatan yang cemerlang bagi kluster Multimedia, ICT & Elektronik sepanjang tahun 2012…. Jadi kepada sesiapa yang nak berkursus asas Microsoft word, power point, excel, blog, movie maker dan sebagainya….boleh lah hubungi aku….

Tetapi disini, aku bukan hendak bercerita mengenai Majlis penghargaan atau sukaneka itu, tetapi aku hendak menceritakan satu peristiwa yang telah membuat aku lebih menghargai ibubapa aku…

Ketika aku sedang bersantai di taman tema disitu selepas habis acara sukaneka dan sebelum aku pulang ke rumah.. Aku hanya duduk di tepi kolam, tidak berenang…..ye aku akui, aku fobia sikit dengan air,bukan bermakna aku takut air sampai tak mandi….macam kambing tu hehheh, aku fobia, sebab aku pernah hampir lemas ketika aku sekolah rendah dulu…

Dan ketika aku duduk di tepi kolam, main air dengan kaki aku…. Aku perhatikan, ada seorang budak lelaki ini…dia selalu tengok aku… aku menjadi tidak selesa…. Tetapi aku buat tidak tahu saja… Dan budak lelaki ni berenang menghampiri aku…

“Bang, jom lah mandi”

“Kejap lagi lah dik”, balas aku sambil mata aku memandang pada papan tanda di tepi kolam yang  tertulis kedalaman kolam ini 1.2 meter… Dan ketinggian aku 1.8 meter, aku boleh je berdiri dalam kolam ini, pasti tidak lemas heheh

“Saya dari rumah bakti”, balas budak itu. Membuatkan mata aku beralih dari papan tanda itu memandang ke arahnya.

“Rumah bakti??”, aku seolah-olah bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai rumah itu…

“Yup, rumah bakti, rumah anak-anak yatim kat seksyen 2 bangi”, terang budak itu

“Ouhhh”, lidah aku menjadi kelu…itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari mulut aku pada ketika itu, aku terus teringat kedua ibu bapa aku…

“Nama saya afiq”

“Sedap nama tu, nama abang….Khairul, afiq datang dengan siapa??”

“Saya datang dengan kawan-kawan lain dan penjaga, 30 orang semuanya.” Sambil menunjuk ke arah sekumpulan budak yang memakai baju yang sama

Aku perhatikan mereka, penuh keceriaan di muka mereka….terus aku teringat budak-budak dirumah berkat, rumah anak yatim yang pernah aku mengajar  tusyen….

“Adik sudah berapa lama dirumah itu??”tanya aku

“Sejak umur 4 tahun, dan sekarang saya tingkatan satu”

Aku memandang tepat mukanya….aku tahu dia rindukan seseorang….ye ibubapanya…mungkin abang, kakak dan adik-adiknya….Afiq terus bermain dengan aku, sampai lah masa aku perlu pulang…Aku keluar dari kolam, dan mencari selipar….

“Abang hendak pergi mana??”, tanya afiq

“Abang hendak balik, dah sampai masa abang kena check-out”

“Abang tak bermalam disini ke??”

“Tak, abang hari ini je….”,balas aku. Aku perhatikan riak mukanya masam…

“Abang balik berhati-hati ye.. Jangan lupa saya kat bangi”, katanya sambil melambai tangan.

Kini sudah dua hari berlalu, aku sekarang berada dirumah….masih ingat lagi lambaian afiq itu…

Dan aku perhatikan kedua wajah ibu bapaku ini, sudah penuh garis-garis kedut…. Dan ayah aku semakin kurus… Aku tidaklah kata aku baik sangat, aku dulu juga pernah lawan cakap ibubapa aku, Cuma aku hendak pesan, hargailah ibubapa anda selagi mereka masih hidup, Cuba selami perasaan anak-anak yatim yang dahagakan kasih sayang kedua ibubapa mereka.

Tuesday, December 18, 2012

Kiamat semakin hampir!!!!


Kecoh!!!

Apabila ada ramalan menyatakan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini…

Dulu pun pernah kecoh sekali yang kiamat akan berlaku pada tarikh-tarikh tertentu dalam tahun 2012…..tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku!!!

Aku bukan hendak mengulas mengenai ramalan tarikh kiamat….TETAPI adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya??

Sepatutnya, kita terutamanya umat islam tidak boleh percaya ramalan tetapi perlu untuk menggandakan amalan….dan tetap yakin bahawa hari kiamat itu pasti berlaku.. hanya Allah swt sahaja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikanNya.

Selepas tarikh ramalan, adakah kita telah dapat mempersiapkan diri menghadapi kiamat??

Aku takut apabila lepas sahaja hari jumaat ini, dan orang yang terlalu taksub dengan ramalan, jika dia melihat tiada apa yang berlaku pada sekeliling, dia akan kembali kepada kehidupan lamanya yang leka daripada melaksanakn perintah Allah….mungkin dalam 2-3 hari ini, dia gigih melaksanakan perintah Allah…

Bagaimana pula jika ada orang yang tidak rasa apa-apa pun, tidak membuat sebarang persediaan walaupun dia tahu Kiamat atau kematian semakin hampir??? Dialah manusia yang paling rugi di muka bumi ini….


Sebab itulah, Allah merahsiakan tarikh kiamat dan masa kematian seseorang….DIA maha mengetahui…  yang manusia pasti akan membuat persediaan di saat-saat akhir….Dengan berahsianya tarikh kiamat dan masa kematian seseorang, manusia itu akan sentiasa mengamalkan apa yang diperintah, dan meninggalkan apa yang dilarang ke atas dirinya…

Saturday, November 24, 2012

Sentuh Lidah Tu!!!!


Betul!!!!

Menjadi!!!!

Aku terbaca satu artikel tadi yang menyatakan….

“Apabila kita menguap, cuba sentuh jari kita pada lidah kita…….”

Anda sudah buat?? Apa yang terjadi???

“Rasa menguap itu akan hilang…..”

Ye memang jadi….Rasa menguap aku terus hilang….

TAPI!!!!!!

Rasa ngantuk aku tak hilang pun….. Aku masih terus menerus menguap… DAN apabila aku sentuh lidah dengan jari, memang rasa hendak menguap itu hilang….Tetapi anda akan rasa tidak puas kan???? Heheh Rasa macam hilang sesuatu nikmat… Akhirnya aku terus menguap dengan mulut yang ternganga besar heheh….

Okay, aku ternampak kakak aku menguap tu…aku ada misi yang hendak diselesaikan hehehe Chow dulu!!!!!

Monday, November 19, 2012

Lelaki dan tandas tidak dapat di pisahkan?

Anda tahu hari ini hari apa??

Yup…hari isnin…Tetapi selain itu, apa yang istimewanya hari ini??

Hari aku kahwin?? Oh tidak!!!! Hari ini adalah hari LELAKI….dan juga hari TANDAS sedunia!!!!!!

Kalau aku sebut “LELAKI”, apa yang anda bayangkan?? Bayangkan aku?? Oh tidakkkk!!!! Hahahah

Mesti anda semua terbayangkan lelaki-lelaki kacak dan idaman kamu kan….terutamanya perempuan la…. mesti terbayangkan Adam (aaron aziz) kan??

Tetapi kalau aku sebut “TANDAS”, apa pula yang anda bayangkan?? Aku bayangkan, sekarang ini, tandas awam pun sudah kena bayar….30sen pula tu paling murah….

DAN Jika aku sebut “TANDAS LELAKI”, apa pula yang anda bayangkan?? Aku ada Tanya kawan perempuan aku tadi…

“Apa yang kau bayangkan mengenai tandas lelaki??”

“BUSUK!!!!”

Krik….krik…krik….bunyi cengkerik! Aku Speechless hahah Betul ke tandas lelaki busuk?? Sejak aku guna selama ini, ok je aroma yang aku hidu…. Tak ada yang menusuk hidung aku pun heheh Tapi aku pelik la, perempuan je yang selalu kata tandas lelaki busuk…tetapi lelaki tidak pula berkata begitu… adakah mereka pernah masuk?? Confius kejap!!!!

Jadi sempena hari lelaki dan tandas sedunia hari ini, aku hendak meraikannya…..aku nak duduk dalam tandas berjam-jam lamanya hahahha

bagaimana penjaga kaunter tu tahu kita buat urusan apa kat dalam tandas? heheh

p/s: Nak boikot Mc Donald bukan hari ini sahaja….bukan sebab hari ni Mc Donald bagi burger percuma, tetapi boikot la selama-lamanya kalau betul-betul hendak boikot.

Tuesday, October 30, 2012

Alamak…..Tersilap dail!!!


Disuatu petang yang damai….di sebuah warung mamak…lepaklah dua orang pemuda disitu, Hafiz dan KJ (bukan nama sebenar hehehe)…..Korang sudah dapat membayangkan suasananya belum?? Kalau belum, cepat bayangkan hehe

Ketika menunggu pesanan makanan tiba, Hafiz dan KJ berborak kosong sambil Si Hafiz membaca suratkhabar…

“Eh, kau tengok surat khabar ni….sweetnya mereka”, kata Si Hafiz pada Si KJ

“Mana?? Ni pasal jodoh silap dail ke??”, kata aku…eh eh silap pula….kata Si KJ… sambil cuba melihat pada tangan Si Hafiz yang tunjuk pada surat khabar.

“Yela, lelaki ini telah bertemu jodoh dengan perempuan ini selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu”, terang Si Hafiz panjang lebar pada si KJ…..lagaknya seperti guru tadika sedang mengajar ABC pada anak muridnya.

“Eh mudahnya dapat jodoh??”, tanya KJ seperti tidak percaya

“Itu yang dikatakan jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan…silap-silap hari bulan kita pun kejap lagi dapat jodoh nanti”

Ohhh yang bab jodoh, kau rasa kejap lagi….tapi yang bab ajal maut, tak fikir pula?? hahaha”, si KJ gelak kerana dapat mengenakan si Hafiz

“Ishhh ke situ pulak kau ni…tapi aku rasa nak cubalah buat-buat tersilap dail….manalah tahu jodoh aku menggunakan cara yang sama ke??”, Si Hafiz sudah mula membuat perangai gila-gilanya..

“Ish kau ni, dah tak ada kerja ke??”

“Aku tahu kau jeles kan….jodoh aku dah nak sampai….tinggal la kau sorang-sorang membujang”

“Suka hati kau lah Hafiz….Malas aku hendak campur tangan”,balas si KJ

Okay….aku hendak try nombor yang dekat dengan nombor aku…0…1…7……….”

Ring!!! Ring!!! Ring!!!

Kedengaran bunyi deringan….Si hafiz saja membuat loudspeaker…. Saja bagi KJ dengar. KJ pun berdebar menunggu panggilan itu di angkat…

Tiba-tiba deringan itu berhenti menandakan pangilan itu dijawab..

“Hello”, si Hafiz bersuara. Itu lah pertama kali KJ nampak si Hafiz bergaya….lagaknya seperti Rosyam Nor

“Hello”, jawab si pemanggil….suaranya garau seperti lelaki…eh memang lelaki pun yang menjawab panggilan itu

Kelam kabut si Hafiz mematikan panggilan telefon itu…..Si KJ sudah gelak terbahak-bahak… Hahaha


p/s(i): Sekuat mana kamu setia, sehebat mana kamu merancang, sejauh mana kamu menunggu, sekeras mana 
kamu bersabar, sejujur mana kamu menerima dia….jika ALLAH tidak menulis jodoh kamu bersama… kamu tetap tidak akan bersama….. 

Sunday, October 28, 2012

Lampu hijau


Pagi tadi….

Sementara menunggu adik beradik aku bersiap untuk balik ke KL….Aku menonton TV….leka melayan cerita sempena hari raya korban… dan tiba-tiba, emak aku bertanya…

“Angah bila lagi??”

Mata aku masih tumpu pada kaca TV…Senyap tidak membalas pertanyaan emak aku…kusyuk mengikuti jalan cerita di TV…

Dan emak aku menanya kembali….mungkin beranggapan aku tidak mendengar pertanyaannya itu tadi..

“Angah bila lagi??”, tanya emak aku..

“Bila lagi apa,ma??”, aku seolah-olah tidak faham soalan emak aku itu..eh memang aku tidak faham!! Blur sekejap…

“Yela, bila lagi mama nak bermenantu??”

“Ohh….”, aku menyahut…tetapi kata-kata aku telah dipotong oleh kakak aku…

“Adik kita ni dulu yang akan langsung….tengok asyik gayut je”, celah kakak aku

“Eh mana boleh, dia masih kecil lagi bla bla bla bla”, emak aku terus membebel…. Sampai lupa pertanyaannya pada aku

Aku terus sambung menonton TV….sambil tersenyum…

“OK dah dapat green light!!!”, bisik hati aku….

p/s(i): Lindungilah keluarga aku dan jauhilah mereka daripada anasir-anasir jahat… Kerana sesungguhnya engkaulah Maha Berkuasa….

p/s(ii): Dalam melakukan sesuatu, pastikan mendapat keredhaan Allah dan ibubapa…baru hidup sentiasa bahagia J

Saturday, October 27, 2012

Kelas bahasa ayam


Sekarang ini, sudah ada kelas untuk mempelajari bahasa ayam… Serius!!! Aku tidak tipu… aku sendiri pun terkejut semasa mula-mula membaca akhbar metro online hari ini…Dulu, aku sering mendengar ada pepatah yang menyatakan “Macam ayam bercakap dengan itik”…lebih kurang maknanya, apabila dua orang bercakap tetapi tidak faham antara satu sama lain… Tetapi sekarang jangan risau, dengan adanya kelas bahasa ayam….pasti tiada masalah lagi!!!

Dulu aku ingat, hanya pakcik aku dan kawan-kawannya sahaja yang faham bahasa ayam….kerana mereka penternak ayam….mereka telah mengabdikan diri mereka dengan ayam sejak dulu lagi… Aku hanya faham sikit-sikit je bahasa ayam… Kalau ayam tetiba je riuh rendah….bingit tak terkata….bermakna ada sesuatu yang tidak kena… Contohnya, mungkin ada musang atau ular dalam kawasannya…heheh

Tetapi kelas bahasa ayam ini pelik…dia menggunakan bahasa Malaysia…mungkin sebab pengajarnya berjiwa patriotik kot…hehe… Perkataan pertama yang diajar agak mudah-mudah…. Antaranya abang, sayang, saya bersih, kacak, atas atau bawah, dan baring heheh

Rasanya, ayam yang betul-betul ayam tu dapat tak belajar kalau diajar??? Sudah tentulah tidak, ini sebenarnya adalah kelas bahasa untuk “ayam” yang seksi tu…atau bahasa mudahnya pekerja khidmat seks… terutamanya untuk warga China dan Vietnam… kalau sudah pandai bertutur dalam bahasa Malaysia, maka mudahlah untuk menarik lelaki hidung belang melanggani mereka….

Tempoh yang diberikan hanya tiga hari sahaja, jika gagal, mereka akan dipukul… Tapi aku rasa Bahasa Malaysia ini senang je hendak kuasainya…sebab aku tengok, pendatang-pendatang asing dari Filipina, Myanmar dan Bangladesh….lancar je bertutur dalam Bahasa Malaysia walaupun tidak masuk kelas… Bahasa Inggeris juga yang sukar untuk dikuasai….aku telah belajar bahasa inggeris dari tadika, sekolah rendah,sekolah menengah dan Universiti…tetapi tetap tidak mahir heheh

Menurut laporan, pelanggan lebih puas hati dan menyenangi “ayam” yang berjaya menguasai bahasa Malaysia berbanding rakan sekerjanya yang hanya menggunakan bahasa isyarat….


p/s (i): Kalau aku ajar bertutur Bahasa Malaysia kat ayam pakcik aku…rasa-rasanya dapat tak?? Usahakan tangga kejayaan heheh

p/s(ii): Aku pernah ditanya ketika temuduga….”Penting ke bahasa dalam komunikasi??”… Kini baru aku tahu bahasa amat penting dalam komunikasi….sebab nanti baru puas!!! heehe

p/s(iii): Kalau hendak mengikuti kelas keusawanan, Microsoft office, pembuatan kek, servis peti sejuk, muzik, membuat blog….dan macam-macam lagi….bolehlah hubungi aku di facebook atau pergi sahaja ke laman web KolejKomuniti Ledang… Kalau nak aku yang mengajar, sebutlah nama aku nanti heheh

Thursday, October 25, 2012

Mana Lembu??

Aku menjadi pelik….

Kemana hilangnya sekumpulan lembu yang biasa lalu di belakang rumah aku ini.. melalui kebun pakcik aku….. Sudah seminggu aku tidak di ganggu…

Dulu kebiasaannya, apabila aku bangun pagi..dalam pukul 6 pagi…aku pasti diganggu lembu-lembu itu apabila menuju ke bilik air…Cuba bayangkan, aku duduk dirumah kampong yang rekaannya macam dulu-dulu punya…bilik air terletak dihujung belakang rumah ...diperbuat daripada kayu… jadi dalam perjalanan ke bilik air, kita boleh lihat pemandangan luar yang gelap gelita….tak nampak apa pun….maklumlah, awal pagi kan…lagi pun rumah kampong dulu-dulu, kayunya jarak-jarak…

Dan biasanya, apabila aku sedang mengambil air sembahyang, lembu-lembu itu akan membuat bunyi……

“”Mmooooo”, lembu-lembu itu mengembu

Cuba anda bayangkan perasaan aku ketika itu….terasa hendak gugur jantung…terkejut!!! Walaupun, aku berbadan besar….sasa..tapi perasaan takut tetap ada dalam diri aku walaupun sedikit hehe….

Terus dapat carutan percuma dari aku…”LEMBU KAU!!!”, hahaha

Dalam kes ini, binatang pink ekor kontot itu tidak bersalah, jadi aku tak boleh sebut “BAB* kau” hahah… dan kebiasaannya juga, pada pagi-pagi begitu, akan terdengar jeritan daripada pakcik aku jika ada lembu-lembu di kebunnya..

“Habislah kebun aku!!!! Habis lah nenas aku!!!”

TAPI sejak seminggu ini,

Waktu pagi aku terasa sunyi….kemana hilangnya lembu-lembu itu?? Adakah lembu-lembu itu menyorok?? Maklum lah, esok kan hari raya korban… Mungkin waktu pagi aku akan menjadi bising kembali selepas seminggu nanti… hehe

p/s: Selamat hari raya korban… apakah pengorbanan terbesar yang pernah anda lakukan??

Sunday, October 7, 2012

Tunggu sempurna baru boleh tegur ??


Dulu memang aku tidak boleh ditegur atau diberi nasihat…. Kalau ada je orang yang menegur aku atau memberi nasihat….aku pasti marah…kira semua yang aku buat itu betul lah…. Sampai kan aku pernah menjawab

“Jangan nak tegur aku lah, diri kau tu pun bukan sempurna sangat….Kubur lain-lain…Jangan sibuk hal aku”

Dan pernah ada dalam iklan TV dulu-dulu, ada iklan dimana Mat Rempit yang telah putus kaki memberi nasihat supaya jangan merempit…Serius pada ketika itu aku gelak gila-gila…siap aku cakap lagi

“Kau pun merempit, ada hati nak nasihat orang lain supaya tidak merempit”

 Tapi itu dulu…

Sebelum aku mengetahui bahawa sebenarnya teguran atau nasihat itu tanda sayang…. Orang yang menegur kita itu, sebenarnya sayang kepada kita….sebab itu lah dia tegur kita… Bayangkanlah kalau tiada seorang pun tegur kita??? Biarkan kita terus melakukan kesilapan???

Sekarang aku memang menghargai setiap teguran membina yang diberikan….aku ulang taip sekali lagi… teguran membina ye!!! Kalau sekadar mencemuh atau ingin menjatuhkan aku….. aku hanya nyanyi lagu kosong nyanyian najwa latiff sajalah kepadanya hehehe

Tapi perlu ke seseorang yang sempurna baru boleh menegur kita?? Tidak boleh ke orang yang tidak sempurna seperti aku ini untuk menegur???

Kalau macam tu, Allah dan Nabi Muhammad kan telah menegur kita daripada dulu lagi…semuanya ada dalam Al-Quran….Tetapi kenapa masih tidak mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya???


best ke novel ni??? Nak cari satu la...

p/s(i): Aku suka tegur orang baru…. Hai!!!! =)

p/s(ii): tegur-tegur lah aku di facebook ye hehhe

Saturday, September 15, 2012

Hadiah yang perlu di bayar….


Aku ni jarang menonton television….kerana biasanya aku akan tertidur awal setelah penat bekerja..

Dan tadi aku tertengok TV, pasal gossip-gosip artis….. dan ada lah beberapa orang artis yang menjadi tajuk untuk menceritakan perkembangan mereka…. Ramai juga artis baru yang aku tidak kenal… Macam senang je nak jadi artis kan??? Dan kita biasa terdengar dari mulut artis memberi kenyataan seperti berikut

“Album ini istimewa untuk peminat saya…hadiah dari saya”


Hadiah-hadiah juga, tapi kita juga yang kena keluarkan duit untuk membeli hadiah album itu… Apa kes??? Mana ada hadiah yang perlu dibayar??? Melainkanlah kalau anda bagi hadiah kahwin kepada kawan baik anda sebiji kereta, anda bayar downpayment nya sahaja…bulan-bulan suruh kawan anda yang kahwin tu sambung bayar heehhe

p/s(i): Aku pun artis juga…aku merupakan seorang pelakon di pentas dunia ini yang menjadi perhatian Tuhan yang satu…

p/s(ii): Tadi dapat aiskrim goreng dari pelajar…Kira hadiah la tu, sebab aku tidak perlu bayar heheh

Tuesday, September 4, 2012

Sentuh dan Pergi??


“Kenapa tidak pakai kad Touch N Go??”

Itulah soalan yang biasa di tanya kepada aku, apabila aku memandu di lebuhraya bersama orang lain… tidak kiralah bersama keluarga aku, kawan-kawan aku, mahupun pelajar aku..

Dan biasanya aku akan menjawab,

“Jarang guna highway, jadi rugilah beli kad touch N go….lainlah kalau aku duduk di KL… nak parking pun boleh guna kad touch N go”


Dan baru-baru ni, aku ditanya lagi dengan soalan yang sama itu apabila melalui lebuh raya oleh kawan aku…

Tetapi jawapan aku kali ini berbeza…yelah bengang asyik orang tanya soalan yang sama je…

“Kenapa kau tidak guna kad touch N go?? Tak payah beratur…dan cepat je”, tanya kawan aku

“Tidak bestlah guna kad touch n go….beratur lagi best”

“Eh macam tu pula…ni dah kena beratur panjang-panjang, penat tau nak menunggu…panas pula tu”

“Kau bersabarlah, nanti aku tunjuk kelebihan beratur ni…”, balas aku

Setiba giliran aku hendak membayar tol…

“Assalamualaikum…Siti”, aku memberi salam kepada penjaga tol sambil aku melihat nama yang tertera di luar tingkap tol itu

“Waalaikumussalam”, balas gadis tol itu sambil tersenyum…

Aku pun senyum kembali dan memberi duit tol… Biasanya aku akan memberi duit besar, sebab nanti aku akan dapat wang tukar heehhe….Selepas itu, aku akan gerak dengan mengucapkan terima kasih heheh.. Kebiasaannya, aku pasti akan tersenyum selepas membayar tol heeh…Sampai kawan aku pun naik pelik

“Kenapa kau tersenyum-senyum ni??”, tanya kawan aku

“Walaupun aku tiada kad touch N go….tapi aku tetap touch N go juga”

Erk….Macam mana tu?? Pening kepala aku dengar ayat kau ni….”

“Aku telah berjaya “touch” hati gadis tol tadi sampai dia tersenyum dan touch tangannya juga…selepas itu aku “go” la heheh”

%&$#@%!!!!

p/s(i): Aku kecewa kalau kat tol tu lelaki yang jaga…kalau boleh nak undur je kereta pergi ke tol lain heheh

p/s(ii):Aku memang selalu saja je bayar tol pakai duit besar, nanti dapat wang tukar heheh

p/s(iii): 15-17 september 2012 ini, akan diadakan sambutan ulangtahun ke 10 kolej Komuniti Ledang.. Banyak acara menarik akan berlangsung…antaranya ialah temuduga terbuka.. Jadi jom datang beramai-ramai… Maklumat lanjut di laman web kolej Komuniti Ledang

Sunday, August 26, 2012

Kau Curang!!!!


“Apa salah aku?? Kenapa kau curang dengan aku??”, tanya seorang lelaki kepada teman wanitanya..

“Aku curang kerana…….kerana…..”, balas teman wanitanya tergagap-gagap..

“Kerana apa?? Aku kan sudah sempurna untuk kau”

“Err…kerana aku wanita Malaysia”

Hahaha…dialog diatas hanya rekaan semata-mata je…jangan marah ye wanita-wanita Malaysia heheh… Siapa yang makan cili, pasti dia yang terasa pedasnya hehhe….

Aku rasa, hari ini mesti setiap wanita Malaysia angin je apabila membuka facebook…. Ialah kebanyakan kawan lelaki aku post status kat facebook….”Wanita Malaysia paling ramai curang”… Ini semua angkara salah satu artikel dalam akhbar kosmo….heheh

Aku tidak tahulah bagaimana kajian ini dilakukan…jadi sumber ini mungkin boleh dipercayai atau tidak.. Menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press, Wanita Malaysia adalah yang KETIGA paling ramai curang di DUNIA… selepas Ghana dan Thailand… Tak tahu sama ada hendak bangga atau tidak heheh…

Tetapi apa sebab ye seseorang itu curang, tidak kiralah lelaki atau perempuan??…  Pada pendapat aku, seseorang itu curang kerana:-

      a)      Pasangannya juga curang
      b)      Kerana duit
      c)       Sudah tiada rasa sayang pada pasangan
     d)      Saja-saja test market
     e)      Inginkan perhatian….sudah kurang perhatian daripada pasangan, pasangan busy memanjang

TETAPI yang penting….kekalkan lah diri kelihatan seperti sebelum kahwin…ini sudah kahwin, selekeh habis hehehe

Sebenarnya, yang penting adalah diri sendiri…. Sama ada hendak curang atau tidak?? InsyaALLAH kalau pegangan agama cukup, curang pasti tiada dalam hubungan… =)

sebab ni lelaki kurang curang...hehehe

p/s(i): Kurangkan juRANG, sentiasa berterus-teRANG, akan sentiasa saYANG, pasti tiada cuRANG

p/s(ii): Nak tackle awek Indonesia la pula….mereka mesti tidak curang hehhehe

Saturday, August 25, 2012

Ingatkan mesej raya!!!


Ohhh isnin…cepatnya engkau muncul kembali..

Rasa malasnya hendak pergi kerja…sebab sudah lama bercuti….hampir seminggu heheh… Tapi kalau aku tidak pergi kerja, siapa yang hendak mengajar pelajar aku tu…kesian mereka….hahah


Dan hari ini aku dapat banyak mesej daripada pelajar aku, aku ingatkan mesej ucapan raya tadi… tetapi rupanya mesej untuk panjang kan cuti….minta cuti extra… alasannya sebab tiada tiket balik ke kolej hahha… Aku dah masak sangat dengan pelajar aku ini… Kalau cuti panjang je, mesti akan terlajak cuti..

Dan aku yakin, esok mesti ada pelajar lain yang akan mesej aku juga minta cuti extra heheh.. Aku akan kata okay je… TETAPI isnin tu nanti aku buat la kuiz…hahha Elok-elok mana yang mula-mula kata tak dapat balik kolej, muncul pula dalam kelas hahaha… Betul la kata pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” hahah…

p/s: Cepatlah datang wahai mood kerja……

Friday, August 24, 2012

Jangan Tegur!!!


Shhhh…. Jangan tegur!!!

Aku bukan hendak ulas mengenai filem Jangan Tegur arahan senior sekolah menengah aku, Piere Andre… Dan aku bukan juga hendak menghebahkan yang filem ini akan disiarkan pada hari raya ini… Eh ada ke??? Heheh


TETAPI….

Aku perhatikan zaman sekarang ini, orang sudah tidak boleh ditegur…. Contoh terdekat, selak sajalah surat khabar hari ini…..ada dua kisah mengenai…kerana teguran, mereka mati…  adakah ini termasuk dalam kes, kerana mulut, badan binasa?? Apa salahnya kalau teguran itu ke arah kebaikan??

Kes Pertama: Seorang lelaki maut akibat ditikam adik iparnya sendiri kerana telah menegur sikap adik iparnya itu yang sering memukul isterinya yang juga merupakan adik mangsa.

Kes Kedua: Seorang abang di tikam mati oleh adiknya hanya kerana bunyi radio.. Kedua-dua beradik itu bertengkar selepas mangsa merasa tersinggung apabila si adik menegur abangnya  supaya memperlahankan bunyi radio kerana sudah lewat malam

Kenapa ye sekarang ini kita sudah tidak boleh ditegur?? Termasuklah juga diri aku ni….. Kalau kena tegur je, mesti rasa hendak marah atau melenting walaupun teguran itu benar dan ke arah kebaikan…

p/s(i): aku tegur dan marah pelajar aku kerana aku sayang….harap tidak ada yang calarkan kereta aku lah hahahha

Thursday, August 23, 2012

Kenapa harganya berbeza??


Masa bulan puasa hari itu, aku pergi ke kedai kasut… Bukan untuk membeli kasut raya, tetapi kasut sukan…. Kasut sukan aku sudah koyak… Lepas raya ini, aku hendak aktif kembali bersukan…. Berat badan pun sudah semakin naik ni hehehe

Aku pun membelek beberapa jenis kasut sukan di kedai itu… dan aku tertarik dengan satu kasut sukan ni… tetapi ada dua jenis warna….kelabu dan merah…sudah tentu aku memilih warna merah… tetapi yang aku perasan…walaupun corak dan rekabentuknya sama…tetapi harganya berbeza antara satu sama lain…bukan sedikit…dekat nak RM 30 juga berbeza….aku pun memanggil tukang jual di situ….

“Aunty, kenapa dua kasut ni berbeza harga??”

“Sebab warna dia la”

“oww”

Last-last…kedua-dua kasut sukan itu, aku tidak jadi beli kerana tiada saiz aku… itulah ruginya orang yang berkaki panjang ni heheh

Baru aku tahu, kenapa kawan aku selalu tegur aku…

“Kj, jangan selalu berjemur…nanti gelap”

Sebab rupanya dia tak nak aku “berubah warna”, nanti kurang nilainya hahahah

Saturday, August 4, 2012

Layakkah dia bercinta??


Apa itu Cinta??

Layakkah dia untuk bercinta???

Bilakah masa yang sesuai untuk bercinta??

Itu antara soalan yang selalu bermain di fikiran aku….

Aku tersenyum sinis, apabila terbaca dalam surat khabar hari ini kisah seorang remaja lelaki dikejarkan ke hospital kerana telah telan 80 biji pil darah tinggi hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan…. Elok-elok darah tidak tinggi…sekarang sudah tinggi…hehe… Aku tahu memang sakit, apabila cinta yang diharapkan, kecundang di tengah jalan…. Memang sakit!!! Aku pernah merasainya!! Tetapi layak ke dia untuk bercinta dan menyayangi orang lain, sedangkan dia sendiri tidak menyayangi dirinya???

Yup, aku setuju cinta itu hadir secara tiba-tiba…tanpa memberi petanda…. Tetapi sudah layakkah kita untuk bercinta?? Dan bila pula masa yang sesuai untuk bercinta??? Ada seorang ustaz pernah memberi tahu aku, tidak salah untuk berkahwin lambat….

Bagi aku senang je…seseorang itu sudah layak untuk bercinta apabila:-

  a) Dia mencintai ALLAH, rasul, agama, ibubapa dan dirinya terlebih dahulu… Ini kerana dalam proses percintaan itu, dia tidak akan melakukan sesuatu di luar batasan.

   b) Dia memang berniat untuk berkahwin dengan orang yang dicintainya itu…. Kalau saja-saja hendak bercinta hanya kerana nak tunjuk pada kawan-kawan yang dirinya “HOT”… Baik tidak payah….kerana aku pernah terbaca, haram bercinta jika kita tiada niat mengahwininya…

   c) Mempunyai pendapatan sendiri….. Yelah, ibubapa dan duit pinjaman / biasiswa sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah… sebab itulah, pelajar aku selalu kena marah dengan aku hehehe….. Sanggup hari-hari makan meggi, untuk berjimat bagi membeli hadiah untuk kekasih…. Adoyai!!!!

p/s (i): Jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan ALLAH…  Sekuat mana pun cinta anda terhadap pasangan anda…tetapi memang sudah ditetapkan yang dia bukan jodoh anda… tetap anda tidak akan bersama.


Thursday, August 2, 2012

Kalau hendak makan KFC, ajak aku!!!


Kalau ada sesiapa yang terasa atau ingin makan KFC…..jangan lupa ajak aku tau… Bukan sebab aku hendak belanja korang makan…tetapi aku hendak guna kad Snax aku untuk mendapatkan point hehehe…

Kiranya ketika korang hendak membayar makanan….aku akan memberi pinjam kad snax aku pada korang….untuk di swipe…baik kan aku bagi pinjam kat korang heheh…. Nanti aku akan dapat point berdasarkan nilai belian anda heheh

Setakat ni, point aku sikit lagi….tidak mampu hendak tukar apa-apa pun termasuk la Cheezy Wedges… Jadi ingatlah…Jika anda hendak makan KFC, ingatlah aku heheh


p/s: Aku teringin hendak makan KFC baru… KFC Green Curry…. Jom cuba!!!

Tuesday, July 31, 2012

Jeritan Sahur!!!


“Angah, bangun cepat sahur”, jerit makcik aku

Aku bangun dari tidur dan bergerak lemah ke dapur…. Aku membasuh muka dan menggosok gigi… Ketika aku hendak duduk di meja makan, pakcik aku pun bangun dari kerusi…beredar… sudah selesai bersahur agaknya… Hari demi hari, aku semakin lambat bersahur…kononnya hendak mendapatkan keberkatan bersahur itu kerana melewat-lewatkan waktu bersahur hahhah… Yang sebenarnya sudah malas hendak bangun sahur…

Pakcik aku beredar ke ruang tamu dan menonton TV….sedang aku berusaha untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut sambil mata tertutup…aku terdengar ada orang sedang menjerit…pada waktu pagi-pagi tu… Kedengaran seperti suara pakcik aku….arghh….ohh….eyahhh…eh….cis… Begitulah yang aku dengar..

Aku perhatikan pakcik aku yang sedang leka menonton TV..aku perhatikan TV2 sedang menyiarkan perlawanan badminton antara Dato’ Lee Chong Wei dan pemain Finland, Ville Lang… Memang sangat mendebarkan perlawanan itu… aku cepat-cepat habiskan makanan aku itu…. Aku seperti telah mendapat satu tenaga untuk menghabiskan makanan itu… Cepat-cepat aku membasuh tangan dan duduk di hadapan TV…. Aku pun turut ikut pakcik aku menjerit…aaaahhhh,…. uhhh,… eyark,… eh,…. memang sangat mendebarkan… Dato’ Lee Chong Wei diseret untuk bermain 3 set….dan akhirnya Dato’ Lee Chong wei menang dengan mata 21-8, 14-21, 21-11….


Bagi aku lah…ini pandangan aku secara peribadi… Kalau Dato’ Lee Chong Wei masih bermain seperti itu tadi, kemungkinan besar….pingat emas Olimpik jauh dari genggaman

Sunday, July 29, 2012

Jom bayar zakat!!!


Semalam sedang aku berjalan-jalan…aku ternampak satu kaunter ni di satu sudut….yang tidak ramai orang… tertulis di atas mejanya…kaunter bayar zakat…. Aku pun pergi ke arahnya…

Berdebar rasanya… walaupun tahun ini merupakan tahun ketiga aku membayar zakat sendiri…selepas bekerja dan ada pendapatan sendiri…. Aku pun duduk di kerusi di hadapan ustaz tu…. Ustaz tu pun bertanya pasal maklumat diri aku seperti yang aku biasa lihat ketika orang hendak berkahwin hahaha… Kemudian aku berjabat tangan dengan ustaz itu dan melafazkan akad….ini lah saat yang paling gemuruh hahaha…tapi sekali lafaz je tau hahah…. Dan kemudiannya, ustaz itu membaca doa….selesai!!! Senangkan kahwin?? Eh eh silap….Senangkan membayar zakat??? Tak sampai 5 minit sudah selesai semua… Kini anda boleh membawa balik isteri resit anda hahah… Kenapa perlu tunggu last minute baru hendak membayar zakat?? Nanti terlupa atau tidak sempat kan sudah rugi…..

“Kalau lagu raya boleh di pasang awal, kenapa zakat tidak boleh bayar awal??” hahah


p/s: Aku bayar zakat di Melaka sebab rumah aku di melaka….jadi bayarannya Rm 6.50…bukan aku saja tak nak bayar kat johor Okay!!!