nak ikut.....

Tuesday, July 7, 2009

Terlebih kreatif….

Aku terbaca diakhbar, ia melaporkan bahawa sebuah syarikat penerbangan New Zealand telah menggunakan satu cara yang kreatif untuk menggalakkan penumpang pesawat melihat video keselamatan. Dalam video tersebut, beberapa anak kapal syarikat itu tidak memakai sebarang pakaian tetapi tubuh mereka dicat dengan pelbagai warna.

Nampak macam real kan??tapi hnya cat saje

Di YouTube, video itu sudah disaksikan oleh berjuta-juta penonton selepas ia dilancarkan. Salah seorang yang dah menonton video itu ialah aku…Korang bila lagi nak tengok? Baik cepat sebelum ia dihapuskan heheh

Gambar Kenangan 001

Bila aku melihat gambar ini, aku mulalah terbayang saat-saat indah kehidupan aku sebagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Dalam gambar ini (dari kiri): Nicole, Phing Phing, Zabedah, Haida, Wan Faizurah, aku, Fitri dan Hanif.. Gambar ini diambil ketika sesi LDK..
Aku dah lost contact dengan mereka semua...jika mereka terbaca blog ini (mana lah tahu kalau diorang search nama diorng kat google hehe), silalah tinggalkan no. telefon di email aku... khairul_khai86@yahoo.com

Monday, July 6, 2009

Aku belum pernah mengundi….

Walaupun usia aku semakin menginjak naik, tapi aku blum pernah sekali pun merasa membuang undi dalam Pilihan Raya…Kenapa?? Sebab aku baru mendaftar kan diri setahun yang lepas sebagai pengundi yang sah haha…tak main lah pengundi hantu ini…Ini pun selepas aku mendapat kesedaran sebagai rakyat Malaysia sejati (cewah tetiba patriotik plak hehe)…sedangkan niat utama nak dapat cenderamata yang diberikan secara percuma jika mendaftar heheh….

Sekarang ni, negara kita sekali lagi terasa bahang pilihan raya terutamanya penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai la….Hari ini merupakan hari penamaan calon…Keputusan Pilihan Raya ini amat penting kerana ia menjadi tanda aras kepada kedua-dua parti yang bertanding (BN & PAS). Aku x pernah kisah pun sape2 yang menang, tapi aku harap calon yg menang itu akan kotakan janji dan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin…jika tidak, tunggu lah plhan raya seterusnya… xada lg undi buat mu…

p/s: aku pernah sekali je AFUNDI pelajar AF….sebab aku rasa dia memang berbakat…tapi hari aku undi dia, dia pun tersingkir huhhhu…sape plajar tu??mana bleh bg tahu…kesimpulannya, jangan lah suruh aku mengundi..nanti kalah hahhaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...