nak ikut.....

Saturday, June 12, 2010

CONFIRM TAK KELUAR BILIK…

Hotel!!

Bila disebut pasal hotel mesti kita terfikir tentang suatu tempat untuk berehat atau menginap jika kita melancong ke sesuatu tempat…atau paling nakal pun…tempat TERBAIK membuat projek hahaha…. kiranya hotel ini sebagai tempat persinggahan sementara untuk tidur, berehat-rehat, mandi dan sebagainya….

Ada ke orang melancong ke sesuatu tempat, akan hanya duduk di hotel je sepanjang hari tanpa menikmati keindahan kawasan itu??

Tetapi jika aku DAPAT PELUANG menginap di bilik suite tingkat 52 Hotel Four Season, New York, confirm satu hari suntuk aku tak kan keluar bilik….Rugi oww, sebab perlu membayar sebanyak RM 110 847 satu malam… tetapi hanya ada dalam bilik hotel beberapa jam untuk tidur aje…. TAK BERBALOI langsung!!

Kenapa Bilik Hotel ini mahal??

a) mempunyai televisyen yang mempunyai rangkaian siaran dari seluruh dunia dan pemandangan ke arah Manhattan termasuk bangunan Empire State dan Statue of Liberty.

b) mengandungi sebuah perpustakaan (confirm tak sempatnya nak membaca buku), bilik bersantai yang mempunyai air terjun dengan batu granit diimport dari Afrika Selatan dan bilik spa.

c) Sinki bilik air diperbuat daripada kristal dan kolam mandi mini menghadap pemandangan kawasan Manhattan manakala lampu di ruang tamu berharga lebih RM385,399.

d) Disediakan sebuah kereta Rolls Royce selain orang gaji dan pelatih persendirian.

Jika anda rasa berbaloi harganya….pergilah menginap di hotel ini…=)

p/s: Bila lah aku akan dapat merasa pegang duit sebanyak itu??

7 comments:

Hizami Rahim said...

haha.
mimpi je la.
eh eh boleh jadi kenyataan.
;)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

mak aii..mahalnyer...hotel yang murah2 pon tak pernah nginap lagi wei..ni kan pulak hotel mahal yang amat nih..huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

KJ-kun said...

hizami: hahaha kena kumpul duit dari skang aaa
cik aida: kena pk berkali2 kalau nak sewa hotel ni kan..hehe

~ ReD ~ said...

alahai...barang2 dlm tu je dh mahal..takut pulak aku nak menyentuhnya..huhu

KJ-kun said...

haha nice to see, nice to hold...once broken consider sold...hahah mcm pernah dgr je kan ayat ni heheh

yenci said...

mmmm....cuma orang kaya z yg tido kat situ....

KJ-kun said...

yup..agree with you

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...