nak ikut.....

Saturday, June 13, 2009

Name in foreign language?

Tadi aku saja usha jobstreet cari syarikat2 yang aku berkenan untuk kerja nanti…al-maklum lah x lama lagi dah nak grad…kalau bleh nak cari lah kerja sebelum majlis konvokesyen bulan lapan nanti…semasa aku sibuk mencari, aku terjumpa lah satu syarikat ini…mengikut requirements dia, kira aku layak la…tapi aku kena isi resume dalam borang online yang disediakan oleh syarikat tu…aku pun isi dengan 1000 harapan…tapi ada satu bahagian itu aku tak isi sebab dia mintak nama aku in foreign language…mana lah aku tahu nak isi apa.. aku just biarkan kosong je…bila aku sudah siap isi borang tu, aku pun submit la…tetapi tidak dapat hantar kerana aku perlu juga mengisi bahagian name in foreign language tu…korang rasa apa nama yang aku letak?? Aku letak KERO bunyi mcm jepun skit kira name in foreign language r huhu (aku pilih KERO sebab ala2 sebutan nama akulah, khairul), tapi lepas aku hantar tu baru aku tersedar nama tu macam familiar la…oww baru aku teringat ia seakan2 nama KERORO iaitu satu watak kartun jepun…aduhai!!!

Friday, June 12, 2009

Orang Terengganu, Kekasih yang Setia??

Entri aku kali ini bukan bersifat keNEGERIan…tetapi hanya lah sekadar pandangan aku saja.. Kerana kita melihat sesuatu perkara yang sama tetapi kita menafsirkan ia berbeza-beza…jika anda semua tidak setuju…mudah saja just hantarkan komen anda di bawah hahaha…Apa yang aku nak coretkan kali ini ialah..aku rasa orang Terengganu adalah seorang kekasih yang setia..habis lah naik saham orang2 terengganu lepas nie... mana tidaknya.. dah beberapa kali aku terlihat atau terbaca di akhbar apabila mereka putus cinta, mereka akan membuat cubaan membunuh diri…betul tak??? Yang terbaru disiarkan di akhbar Metro semalam..(aku nak komisen sebab tolong promosikan hahaha)…Mereka TERLALU mencintai kekasih mereka sehingga tidak dapat menerima kenyataan apabila percintaan yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari (masa aku tulis peribahasa ni..aku terasa mcm Karam Singh Walia plak hahah)… Susah oww nak jumpa kekasih zaman sekarang yang betul-betul mencintai kita… mereka mencintai kekasih mereka LEBIH daripada nyawa mereka sendiri…Masih tidak cukup buktikah CINTA dan KESETIAAN mereka??

p/s: Aku mula lebih mesra dan lebih tersenyum pada awek2 terengganu sekarang hahahha…

Pulut Kuning di pagi hari…

Pagi ni mak aku masak pulut kuning…x tahu plak aku hari ni apa yang istimewa…mungkin nak buat majlis sambut menantu kot (sambil ketawa gatal hahah)…tapi aku ni jenis yang x suka makan pulut…rasa pening je…tapi mak aku ni memang pandai…dia masak plak sekali lauk kegemaran aku…ayam masak kurma…dari tak makan, terus satu pinggan penuh aku makan pulut kuning tu….rasanya kali terakhir aku makan pulut kuning adalah masa aku berkhatan dulu-dulu…kalau tidak silap r…aku skang tngah tunggu pulut kuning kakak aku plak…bila lah plak eh??hahahha

Gambar ni aku ambil kat tenet je...x sempat nak tngkap gmbar pulut kuning yang aku makan td...tahu2 je pinggan aku dah licin hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...