nak ikut.....

Monday, February 16, 2009

Betul! Betul! Betul!

Akhirnya aku dapat juga tengok filem Geng Pengembaraan Bermula yang dibintangi oleh Upin & Ipin yang comel itu. Selepas, aku mengikuti sirinya sepanjang bulan puasa lalu… sehingga sanggup download di youtube sebagai simpanan peribadi untuk tontonan anak2 aku nanti…hahaha. Aku g tengok pada Ahad lepas (15 Feb) di City Square, JB selepas mengajar di Rumah Barkat bersama2 dengan geng Psiko (azam, afik, roy, Rosli, dan Radzi)..

Sebelum ini aku ada bagi tahu yang aku tidak berminat langsung tengok filem melayu di panggung kerana kualiti filem melayu tu sendiri yang tidak berbaloi dengan harga tiket yang di bayar...tetapi aku tergerak hati untuk menonton filem geng ini selepas member2 aku mengatakan yang ianya sangatlah menarik.

Aku memang tabik spring pada produksi filem ni…dari permulaan cerita sampailah endingnya aku berpuas hati…Filem ini bertambah menarik sebab lebih memaparkan suasana kampung di Malaysia. Filem ini bergerak diatas jalur landasan yang betul dimana ia bermula dengan kes kecurian buah durian di kampung Durian Runtuh...Aku dah tergelak besar, bila pihak stesen tv membuat liputan di kampung tersebut…lantak r apa orang nak kata…aku bayar tiket tu..betul! Betul! Betul!

Citer ni bertambah menarik, apabila perjalanan Badrol dan kawannya Lim pulang ke kampung atuknya diolah dengan berkesan…aku rasa nak cubit2 je beruk yang minum air kelapa tu..haha. Dalam perjalanan pulang ke kampung, tayar bas telah meletup dan mereka terkandas. Maka terpaksalah menumpang lori untuk sampai ke kampung. Disini aku dah dapat agak, mesti kes hantu durian tu ada kaitan diantara singh dan ketuanya itu.

Watak Upin & Ipin muncul bagi menunjukkan jalan ke rumah datuk si Badrol. Watak Upin & Ipin ni yang aku paling tunggu2…walaupun kali ini diorang bukan hero..(Rajoo yg hero)..Pengembaraan bermula apabila mereka pergi ke kebun durian dan menemui tapak kaki yang pelik..Disinilah terbongkar siapa yang menjadi hantu durian selama ini..Opet!! Apa itu Opet?. Kena lah menontonnya sendiri yerk.

Terus terang, aku tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada filem ini ketika hendak melangkah masuk ke dalam panggung..Tapi biar lah sekurang2nya dapat mengubah persepsi aku terhadap filem Malaysia ini..Tetapi, selesai menonton, Aku terasa nak berdiri dalam panggung tu sambil bertepuk tangan dengan orang depan. Memang hebat filem ini..Rugi kalau tak pergi tengok..

7 comments:

piNky LuCiA said...

amboi3.. ko kj.. sll tgk wayang tak ajak nenek kan.. nak kena denda budak bertuah ni.. wakakaka.. nak ikut... mana aci.. huhu

ijechan said...

wah wah wah.. sume orang update blog cite psal cite geng~ isk

~ h a n i m h u s i n ~ said...

betul betul betul..
tak sempat ag nak pi tgk..
huuu~

mynmeisazm :) said...

ini spoiler ni!
hahah

ehan comei said...

aku nktgk..wawawa..
tapi xsmpat ag..
huhuhu..

skrg da lmbt nk p tgk..so, aku tggu kawan aku download jer r..
huhuhuh..

lau kwn aku dowmld ko nk??
aku xnk bg koo..wakaka

نىك محمد حافظول said...

bro.. naper byk byk blog yg aku visited ari ni,, byk yg citerkan pasal upin dan ipin erk...

best sgt ker

aku rasa memang best sebab aku dah tgk dah sekali.. yer,,, sekali shj.. mesti ko gelak kan


Sekarang xleh tgk lagi sebab uamah aku takdder tv,, bese la umah org bujang.. Ko bagi la satu tv panasonic ker, sony ker, samsung ker kat aku satu ni

nak tgk gak upin dan ipin nie, waaaaaaaaaa

ReD said...

besh...mmg besh cter ni..hihi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...