nak ikut.....

Monday, September 7, 2009

PULANG JUBAH..

Akhirnya jubah aku dapat kembali ke tempat asalnya di UTM Skudai huhu…Mesti dia rindu nak bersama-sama dengan kawan-kawannya yang lain hahaha…aku rasa aku lah orang terakhir yang pulangkan jubah konvokesyen tu haha… Agak lama juga jubah konvo aku tue bersama dengan aku…bukan aku saja tak nak pulang, tapi tak ada masa untuk menguruskan proses pemulangannya..ni pun pulang dengan mengguna pos laju… hantar kepada ROY…terima kasih ye kerana sudi membantu…hehe.. harap jubah tu selamat sampai ke tangan ROY lah…Perancangan asal ingat nak bergambar dengan memakai jubah kat KLCC…boleh ke?? Haha… Yang pasti aku dah kena denda…bayar Rm 2.00 utk setiap hari kerja yang lewat… kira2 dalam rm 20.00 aku kena…uish banyak tu, bleh buat duit raya tu haha…

p/s: Harap tidak terlewat utk aku mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah wish @ memberi hadiah kepada aku semasa konvo yg lepas..

PERSIAPAN RAYA

Wah…lagi dua minggu nak raya…tapi aku x buat apa2 persiapan lagi…kat rumah aku ni, masih tidak wujud mood raya lagi…mungkin masih awal lagi kot…tapi kalau kita g mana2 shopping complex..pasti lagu raya sudah kedengaran…Bercakap mengenai lagu raya…aku suka semua lagu raya nyanyian Siti Nurhaliza terutamanya lagu NAZAM LEBARAN…dan lagu raya dulu2…tapi lagu raya yg dicipta sekarang ni mcm kurang best la…

Raya tahun ni…aku x ada baju melayu baru…kerana baju raya tahun lepas masih elok lagi…lagi pun baru pakai 6 kali je hahah (aku memang x suka pakai baju melayu…)..so jadi tahun ni, baju melayu aku warna biru lah….Kuih raya plak, mungkin minggu depan emak aku akan start membuat…aku just tolong apa yang termampu je…tolong tengok tu kira tolong jugalah kan hehhe…aku paling suka makan kuih almond London….jadi sape2 yang ada kuih raya ni...ajak2 lah aku dtng rumah ye heheh

ni la baju raya aku hahah

Tahun nie…jika tak ada aral melintang, aku akan beraya di kampong aku…jasin, Melaka selama 4 hari….Makcik2 semua yg ada kat kampung..bersiap sedia la...anak sedara mu ni nak serang...nak duit raya hahah...eh aku layak lg dapat duit raya sebab aku x kahwin lagi hahahha..kepada kawan2 yang berada di Melaka…mailah datang kampong aku…

p/s: tengah memikirkan bagaimana nak tinggalkan hamster 19 ekor kat rumah dalam tempoh 4 hari tu?? Huh pening2!!

Saturday, September 5, 2009

SALAM PERANTAUAN 1430H/2009M

MOTIF: UCAPAN RAYA

MOOD: TAK SABAR NAK RAYA

Ejal tidak dapat menahan kesedihan...kerana tahun ini tidak dapat balik beraya....

Nama Pengirim: KJ & EJAL
Lokasi Pengirim: Tidak dapat dikenal pasti…yang pasti agak jauh da
Nama Penerima:Ibu bapa, keluarga, sanak saudara, guru-guru dan rakan-rakan yang mengenali kami.
Lokasi Penerima:Seluruh Malaysia terutamanya Johor (sekitar UTM) dan Kuala Lumpur.
Ucapan:Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya yang mengenali kami .Semoga kedatangan Aidilfitri pada tahun ini dapat disambut dengan meriah tanpa kepulangan kami.

Pengenalan Gambar:(dari kiri) KJ dan Ejal
E-mel Pengirim: khairul_khai86@yahoo.com (kirim2 lah kat kami duit raya dan ketupat ye..)

Kami hanya mampu meneropong kamu dari jauh saja....

p/s: ini lah penyakit (merapu) yang akan terjadi apabila terlebih makan sahur tadi huhuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...