nak ikut.....

Saturday, October 3, 2009

Celcom vs P1W1max vs Maxis

Minta maaf semua kerana dah lama tidak update blog ini..bukan aku sengaja..tetapi ada masalah dengan broadband ni…dulu masa zaman2 study kat UTM, aku guna celcom broadband…memang puas hati la… tetapi bila dah habis study ni, dok kat rumah dimana line celcom yang agak teruk…jadi terasa kesusahan untuk mengupdate blog…maka pada PC fair yang lepas, aku telah pergi membeli P1W1MAX plak…. Kononnya menurut promoter kat situ yg kawasan rumah aku ni memang tip top la line P1W1MAX tu… last2 yang ado….jadi alang2 dah terbeli…bagi lah kakak aku guna… maklum lah kakak aku dah tahun akhir belajar di UiTM shah alam…perlu line tenet ni nak buat final year project….jadi betapa baiknya adik mu ini..Hahhah.. sampai kawan aku berseloroh mengenai P1W1MAX ni.. “P1W1MAX ni hanya dapat kat lebuh raya aje sebab memang slalu iklannya didapati kat situ”.. Maka akhirnya aku memilih maxis plak, setakat ni aku berpuas hati dan berbaloi-baloi hehehhe.. jadi mulai sekarang..aku akan cuba mengupdate blog...supaya tidak bersawang lagi...

p/s: rumah aku dkat dgn zoo Negara tapi bukan dalam zoo k…agaknya sebab tu line x bagus kot hehhe

Monday, September 7, 2009

PULANG JUBAH..

Akhirnya jubah aku dapat kembali ke tempat asalnya di UTM Skudai huhu…Mesti dia rindu nak bersama-sama dengan kawan-kawannya yang lain hahaha…aku rasa aku lah orang terakhir yang pulangkan jubah konvokesyen tu haha… Agak lama juga jubah konvo aku tue bersama dengan aku…bukan aku saja tak nak pulang, tapi tak ada masa untuk menguruskan proses pemulangannya..ni pun pulang dengan mengguna pos laju… hantar kepada ROY…terima kasih ye kerana sudi membantu…hehe.. harap jubah tu selamat sampai ke tangan ROY lah…Perancangan asal ingat nak bergambar dengan memakai jubah kat KLCC…boleh ke?? Haha… Yang pasti aku dah kena denda…bayar Rm 2.00 utk setiap hari kerja yang lewat… kira2 dalam rm 20.00 aku kena…uish banyak tu, bleh buat duit raya tu haha…

p/s: Harap tidak terlewat utk aku mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah wish @ memberi hadiah kepada aku semasa konvo yg lepas..

PERSIAPAN RAYA

Wah…lagi dua minggu nak raya…tapi aku x buat apa2 persiapan lagi…kat rumah aku ni, masih tidak wujud mood raya lagi…mungkin masih awal lagi kot…tapi kalau kita g mana2 shopping complex..pasti lagu raya sudah kedengaran…Bercakap mengenai lagu raya…aku suka semua lagu raya nyanyian Siti Nurhaliza terutamanya lagu NAZAM LEBARAN…dan lagu raya dulu2…tapi lagu raya yg dicipta sekarang ni mcm kurang best la…

Raya tahun ni…aku x ada baju melayu baru…kerana baju raya tahun lepas masih elok lagi…lagi pun baru pakai 6 kali je hahah (aku memang x suka pakai baju melayu…)..so jadi tahun ni, baju melayu aku warna biru lah….Kuih raya plak, mungkin minggu depan emak aku akan start membuat…aku just tolong apa yang termampu je…tolong tengok tu kira tolong jugalah kan hehhe…aku paling suka makan kuih almond London….jadi sape2 yang ada kuih raya ni...ajak2 lah aku dtng rumah ye heheh

ni la baju raya aku hahah

Tahun nie…jika tak ada aral melintang, aku akan beraya di kampong aku…jasin, Melaka selama 4 hari….Makcik2 semua yg ada kat kampung..bersiap sedia la...anak sedara mu ni nak serang...nak duit raya hahah...eh aku layak lg dapat duit raya sebab aku x kahwin lagi hahahha..kepada kawan2 yang berada di Melaka…mailah datang kampong aku…

p/s: tengah memikirkan bagaimana nak tinggalkan hamster 19 ekor kat rumah dalam tempoh 4 hari tu?? Huh pening2!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...