nak ikut.....

Tuesday, March 2, 2010

Hilang nilai kemanusiaan

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.. Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan aku apabila membaca surat khabar kebelakangan ini… marah…bengang…sedih…bercampur semua perasaan itu…dulu kes buang bayi…tapi sekarang kes bunuh bayi dan kanak-kanak…bertapa rendahnya nilai nyawa mereka… Orang yang melakukannya itu tidak berperikemanusiaan dan lebih teruk daripada BINATANG.

Apalah dosa insan sekecil ini sehingga diperlakukan sebegini kejam?? Cuba perhatikan muka kanak-kanak yang ada disekeliling anda sedalam-dalamnya, lihat dengan mata hati….betapa sucinya hati mereka yang masih tidak mengetahui selok belok kehidupan yang penuh dengan pancarobanya… yang masih belum mengenal erti dosa….tetapi telah didera dengan begitu dahsyat sekali…berilah peluang mereka untuk menghirup udara di bumi ALLAH ini…~nasi sudah menjadi bubur

p/s: Al-fatihah untuk adik syafiah humairah dan semua kanak-kanak yang telah menjadi mangsa.

Friday, February 26, 2010

Perokok kurang cerdik??

Disebabkan hari ini cuti umum sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, aku mengambil kesempatan ini untuk lepak di rumah je…layan internet dan menonton TV saja… tak lupa juga perbanyakkan selawat heheh

Ketika aku baca paper Berita Harian…aku tertarik dengan satu artikel iaitu “Tahap Kecerdikan perokok rendah”.Dikatakan perokok mempunyai tahap kecerdikan atau IQ lebih rendah daripada mereka yang tidak menghisap rokok.

Menurut, Dr Mark Weiser dan rakan sejawatnya dari Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer mendapati lelaki muda yang menghisap sekotak rokok atau lebih mempunyai IQ 7.5 mata lebih rendah daripada bukan perokok. Purata tahap IQ bukan perokok adalah 101, manakala perokok ialah 94.

Tahap IQ berkenaan jatuh apabila jumlah rokok yang dihisap responden meningkat, iaitu 98 bagi mereka yang menghisap kurang dari lima batang sehari dan 90 bagi mereka menghisap satu kotak sehari. Aku malas nak komen banyak-banyak, sebab ramai kawan aku yang perokok.. nanti kena belasah plak hehehe
antara syarat yang ditetapkan..
p/s: Mesti akan ada orang kata Einstein (bijak pandai) pun merokok gak apa…ntah la tepuk dada tanya selera heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...