“Kau ni macam tuntung la” kata kawan aku kerana aku ni takut pada guruh dan kilat. Aku sebenarnya bukan takut, tapi aku fobia atas sebab-sebab tertentu heheh…Yang aku pelik dan hairan, apa itu tuntung?? Apa kaitan dengan aku yang fobia dengan guruh dan kilat?? Hurm..musykil ni… Tapi sebelum itu, korang pernah dengar ke perkataan tuntung itu??…Aku cubalah cari kat internet..tetapi tidak banyak maklumat mengenai tuntung…ada la sikit yang aku perolehi…Jadi aku nak kongsi sikit..
Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura. Habitat utamanya adalah di perairan air payau.Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada jantan. (kenapa eh, kalau betina je mesti lebih besar dari jantan???heheh). Makanan utamanya tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai.Di antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah ia mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Kalau nak tahu lagi, pergilah ke perpustakaan negara yang tak ramai orang tue hehehe
Menurut kawan aku, tuntung ini kalau ia gigit sesuatu, ia tak kan lepaskannya sehingga ia terdengar bunyi guruh...seolah-olah seperti ia takut + terkejut+ fobia lah...entah betul entah tidak...hahaha...apa-apa pun aku dah belajar satu perkataan baru hari ini...TUNTUNG!!