Betul ke pengguna internet explorer memiliki IQ yang rendah??? Aku adalah pengguna Internet Explorer dan Firefox.. Kalau betul, terpaksalah aku guna firefox je hahahah..
Menurut satu kajian, didapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh (atau bahasa lembutnya kurang bijak hehhe) kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80… Kajian ini telah dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP). Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110. Manakala, pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
p/s: Internet Explorer merupakan ciptaan firma Microsoft yang diterajui Bill Gates… adakah IQ beliau rendah?? Mula berfikir bagi mengasah IQ aku hahaha
p/s/s: Ramai ke yang guna system operasi Opera atau Camino??? Mana boleh bandingkan tahap IQ antara setiap system operasi (IE / firefox/opera /camino/ google chrome) jika bilangan pengguna jauh berbeza!!! Aku tengah memikir lagi…..hehe
p/s/s/s: Siapa eh mempunyai IQ yang tinggi?? Aku cuba tanya pakcik aku yang pandai menjawab semua pertanyaan..(Pakcik Google)…dan Ini aku dapat (klik
sini)